Laluan kontra waktu puncak khas untuk bas Rapid KL di Jalan Ampang, Jalan Tun Razak – mulai 3 Julai

Laluan kontra waktu puncak khas untuk bas Rapid KL di Jalan Ampang, Jalan Tun Razak – mulai 3 Julai

Berita baik untuk penumpang bas di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur. Rapid KL bakal menyertai DBKL untuk memperkenalkan lorong aliran waktu puncak sebagai sebahagian daripada inisiatif Kementerian Pengangkutan (MOT) bagi mengurangkan kesesakan trafik.

Pada asasnya, ia adalah aliran kontra untuk bas Rapid KL di Koridor Ampang yang melibatkan laluan yang melalui Jalan Ampang dari Ampang Point ke Jalan Tun Razak. Buat pertama kalinya konsep ini diperkenalkan di Malaysia dan akan dimulakan pada 3 Januari ini. Tiga laluan bas akan terlibat – 300 (Pandan Indah – Lebuh Ampang), 303 (Taman Mulia Jaya – Lebuh Ampang) dan DS01 (LRT Ampang – Ampang Park/ KLCC).

“Kami di Rapid Bus sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengalaman penumpang kami. Satu komponen yang sangat kritikal ialah memastikan bas kami sampai ke perhentian tepat pada masanya. Susulan gesaan daripada kerajaan untuk menambah baik perkhidmatan bas, kami menyasarkan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan bas Rapid KL dan meningkatkan kepercayaan orang ramai terhadap perkhidmatan tersebut,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Muhammad Yazurin Sallij.

Rapid Bus mengatakan bahawa lorong sementara untuk bas sahaja pada waktu puncak pagi dan petang akan membantu meningkatkan ketepatan kekerapan bas, sekaligus memendekkan masa menunggu.

“Aliran kontra ini akan membantu bas kami mengelak daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, yang sentiasa menjadi punca utama kelewatan untuk sampai ke perhentian. Kami berharap lebih ramai penduduk di kawasan Ampang menggunakan bas sebagai pilihan utama untuk menuju ke pusat bandar. Jimat, cepat dan mudah,” tambah Yazurin.

Untuk pengetahuan anda, DS01 adalah laluan yang menghubungkan LRT Ampang ke Ampang Park dan KLCC. Apa yang unik tentang laluan ini, yang sebelum ini dipanggil Skip Stop Xpress, ialah ia merupakan laluan tanpa henti ke tengah-tengah KL. Tambang bagi perjalanan sehala hanyalah RM1.10.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required