Perodua, Public Bank jalin kerjasama untuk sediakan pinjaman kepada pengedar sah, pendigitalan urusan

Perodua, Public Bank jalin kerjasama untuk sediakan pinjaman kepada pengedar sah, pendigitalan urusan

Perodua dan Public Bank telah menandatangani sebuah memorandum kerjasama (MoC) untuk menyediakan kemudahan pembiayaan kepada pengedar sah Perodua. Perjanjian itu akan membolehkan Public Bank menjadi pemuka dan membantu pendigitalan melalui serahan dalam talian bagi permohonan pembiayaan sewa beli kepada bank tersebut, termasuk untuk memuat naik dokumen asas permohonan dan mengesan status aplikasi.

“Perodua juga merupakan pengeluar pertama dan utama bagi kenderaan cekap tenaga (EEV) di Malaysia. Bagi pihak kami, menyokong pertumbuhan industri EEV menjadi teras utama dalam agenda iklim bank, yang mana Public Bank telah mengagihkan lebih daripada RM30 bilion dalam bentuk pembiayaan EEV domestik setakat tahun 2022. Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan kami untuk menyokong pertumbuhan industri EEV ini, Public Bank telah meningkatkan sasaran pinjaman EEV-nya dari RM25 bilion hingga RM33 bilion menjelang 2025,” jelas CEO dan Pengarah Urusan Public Bank, Tan Sri Tay Ah Lek.

Perodua, Public Bank jalin kerjasama untuk sediakan pinjaman kepada pengedar sah, pendigitalan urusan

“Dengan itu, ada potensi besar yang membolehkan Public Bank dan Perodua untuk bekerjasama, tidak hanya dalam mengembangkan perniagaan masing-masing, tetapi juga menyumbang secara positif ke arah usaha ESG untuk tujuan penambahbaikan lingkungan dan juga dunia,” tambah beliau.

Dalam sebuah kenyataan, Public Bank memaklumkan yang bank itu komited terhadap pembangunan mapan bagi masyarakat dan memangkin industri automotif tempatan serta merancakkan lagi pertumbuhannya secara bersama dalam tahun-tahun mendatang.

Presiden dan CEO Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata perjanjian ini dapat memenuhi keperluan aktiviti semasa dan akan datang Perodua. “Saya berharap kerjasama ini akan melonjakkan lagi kedua-dua organisasi ini ke tahap baru,” ujarnya. Perodua juga menandatangani MoC bersama Maybank awal tahun ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required