Johor sedia jadi lokasi penubuhan rangkaian supercharger Tesla – MB Onn Hafiz Ghazi

Johor sedia jadi lokasi penubuhan rangkaian supercharger Tesla – MB Onn Hafiz Ghazi

Johor telah menyuarakan kesediaan untuk menjadi lokasi penubuhan rangkaian Supercharger Tesla. Perkara ini disuarakan oleh Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi yang telah berkesempatan bertemu dan mengadakan perbincangan dengan Pengarah Wilayah Tesla Isabel Fan.

“Ekosistem yang kondusif serta pengukuhan polisi Kerajaan yang menekankan peralihan kepada teknologi hijau, memberikan keyakinan kepada Tesla untuk melabur di Malaysia.

“Menerusi perbincangan ini, pelbagai perincian serta perancangan telah diutarakan oleh pihak Tesla. Kerajaan Negeri mengutarakan kesediaan dan potensi Johor menjadi lokasi penubuhan rangkaian Supercharger Tesla,” kata Onn Hafiz seperti yang dikongsikan meneruri Facebook rasminya.

Johor sedia jadi lokasi penubuhan rangkaian supercharger Tesla – MB Onn Hafiz Ghazi

Beliau turut merakamkan jutaan penghargaan kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri (MITI), Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, pihak Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), serta pihak-pihak berkaitan atas usaha berterusan merancakkan pelaburan di Malaysia.

“Semoga segala yang direncanakan akan membuahkan hasil, terutamanya dalam meningkatkan peluang pekerjaan, serta keterlibatan syarikat tempatan dalam ekosistem pelaburan pihak Tesla, sama ada di peringkat domestik atau global. Insya-Allah,” katanya tanpa menghuraikan perincian mengenai perbincangan yang diadakan bersama pihak Tesla itu.

Minggu lalu dilaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengadakan pertemuan dengan CEO Tesla Elon Must dijangka pada minggu ini. Pertemuan tersebut adalah bagi membincangkan soal berkaitan pelaburan Tesla di Malaysia.

Walau bagaimana pun, menurut Menteri MITI, potensi kerjasama di antara Tesla dengan Malaysia tidak hanya terhad kepada sektor automotif dan kenderaan elektrik (EV) semata-mata, malah akan turut meliputi sektor lain.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required