Tan Sri Vincent Tan saman kerajaan Malaysia kerana tamatkan LOI Naza-Berjaya dan pilih semula Spanco

Tan Sri Vincent Tan saman kerajaan Malaysia kerana tamatkan LOI Naza-Berjaya dan pilih semula Spanco

Pengasas dan Penasihat Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan telah memfailkan saman terhadap Kementerian Kewangan (MoF) kerana menamatkan surat hasrat (LOI) yang ditawarkan kepada Syarikat usaha sama (JV) Kumpulan Berjaya dan Kumpulan Naza, lapor Berita Harian.

Menurutnya LOI yang berkaitan dengan kontrak untuk membekalkan kenderaan kerajaan, ditamatkan tiga bulan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad pada Mac 2020.

“Mereka (kerajaan) telah menamatkan perkhidmatan kami dan memberikannya kepada Spanco. Kerajaan bersetuju untuk membelanjakan RM700 juta lebih tinggi (berbanding bidaan JV).

“Kerajaan berfikiran bahawa Berjaya dan Naza tidak cukup bagus dalam perniagaan kereta. Jadi kami telah memfailkan saman undang-undang terhadap (MoF) berhubung perkara ini dan bersedia untuk ke mahkamah mengenainya.

Tan Sri Vincent Tan saman kerajaan Malaysia kerana tamatkan LOI Naza-Berjaya dan pilih semula Spanco

“Anda akan mendengar lebih lanjut mengenai perkara ini selepas ini,” katanya pada satu sidang media hari ini.

Pada Februari 2019, kerajaan telah membuka tender untuk kontrak membekalkan, menyelenggara dan menguruskan barisan kenderaan rasmi kerajaan yang akan digunakan untuk tempoh masa 15-tahun akan datang. Tender berkenaan dilaporkan telah menarik minat sekurang-kurangnya tujuh syarikat untuk membida konsesi baharu tersebut selepas konsesi Spanco tamat pada penghujung 2019.

Selain Konsortium Naza-Berjaya yang dibentuk dengan pemilikan 51:49 bagi membida kontrak berkenaan, syarikat lain yang turut membida adalah termasuk Sime Darby, DRB-Hicom, Samling Group, Comos, Go Auto dan syarikat sedia ada iaitu Spanco.

Tan Sri Vincent Tan saman kerajaan Malaysia kerana tamatkan LOI Naza-Berjaya dan pilih semula Spanco

Menurut Tan, bidaan yang dibuat oleh JV Naza-Berjaya ketika itu adalah yang paling rendah dalam kalangan semua pembida.

Spanco menyelenggara barisan kenderaan kerajaan sejak 1994 sehingga konsesinya berakhir pada akhir 2018. Konsesi selama 25-tahun itu sepatutnya tamat pada Disember 2018, namun ia dipanjangkan sebanyak dua kali (enam bulan setiap kali) bagi menyelenggara kenderaan-kenderaan kerajaan sehingga akhir 2019. Konsesi itu dilanjutkan sekali lagi sehingga Jun 2020.

Dalam tempoh konsesi tersebut, barisan kenderaan kerajaan semuanya dipajak daripada Spanco bagi tempoh kitaran gantian setiap lima tahun, dan ia termasuk kenderaan yang digunakan oleh menteri dan pegawai kerajaan serta kereta peronda polis. Saiz dan jumlah konsesi berkenaan bagaimanapun masih belum didedahkan, tetapi ia dijangka akan ditawar berdasarkan jumlah barisan kenderaan sebanyak 12,500 unit pada 2020, kontrak berkenaan boleh mencecah nilai RM300 juta setahun bagi tahun kelima dan berikutnya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required