Beberapa jalan di sekitar Kuala Terengganu ditutup 29 Ogos dan 31 Ogos untuk raptai, sambutan Merdeka

Beberapa jalan di sekitar Kuala Terengganu ditutup 29 Ogos dan 31 Ogos untuk raptai, sambutan Merdeka

Sila klik untuk besarkan

Bagi menjayakan raptai penuh perbarisan pada 29 Ogos dan sambutan Hari Kebangsaan 2023 peringkat negeri pada 31 Ogos ini, polis telah mengumumkan beberapa jalan utama akan ditutup secara berperingkat di sekitar bandaraya Kuala Terengganu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Wan Mohd Zaki Wan Ismail, jalan yang terbabit ialah Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Jalan Sultan Omar, Bulatan Sultan Omar, Jalan Cerung Lanjut, Wisma TNB, Jalan Engku SAR dan Jalan Tok Lam.

Selain itu, ia juga melibatkan Jalan Sultan Sulaiman, Jalan Kampung Kolam, Jalan Sultan Zainal Abidin dan pintu gerbang Dataran Shah Bandar.

“Ia ditutup secara berperingkat bermula jam 8.30 pagi hingga 12 tengah hari pada Selasa manakala pada Hari Kebangsaan, ia ditutup bermula jam 7.45 pagi hingga 12 tengah hari,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

Manakala terdapat empat jalan yang ditutup sepenuhnya pada Khamis ini iaitu Jalan Pesisir Payang (selepas Pasar Payang), Jalan Masjid Abidin (selepas simpang Restoran Matt Ori), Jalan Tok Lam (selepas Kedai 7 Rex Trading Sdn Bhd) dan Jalan Sultan Zainal Abidin (dari lampu isyarat Mayang Mall).

Beberapa jalan di sekitar Kuala Terengganu ditutup 29 Ogos dan 31 Ogos untuk raptai, sambutan Merdeka

Sila klik untuk besarkan

Beliau menambah, terdapat empat laluan alternatif yang boleh digunakan bagi mereka yang ingin ke pusat bandar iaitu bagi pengguna dari Marang dan Chendering boleh melalui Jalan Batu Buruk-Jalan Kamarudin. Manakala pengguna dari Gong Badak dan Kuala Nerus boleh menggunakan Jambatan Sultan Mahmud-Bukit Besar-Jalan Air Jernih.

Bagi pengguna dari Seberang Takir pula, boleh menggunakan Jalan Tengku Ampuan Bariah-Jambatan Sultan Mahmud-Bukit Besar-Jalan Air Jernih dan pengguna dari Simpang Tokku pula boleh menggunakan laluan Bukit Besar-Jalan Air Jernih.

Untuk pengguna yang ingin ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), mereka boleh melalui Jalan Sultan Mahmud dari persimpangan Batu Buruk ke persimpangan HSNZ.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan dan meletakkan kenderaan di tempat yang sesuai serta tidak menghalang laluan yang digunakan sebagai laluan perbarisan bagi mengelak berlakunya sebarang kesulitan.

“Penggunaan semua jenis dron tanpa kelulusan di kawasan sambutan Hari Kebangsaan 2023 adalah dilarang bagi mengelak kejadian tidak diingini membabitkan aspek keselamatan orang awam berlaku,” katanya lagi.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required