Cadangan lesen motosikal B2 dinaiktaraf ke kelas B secara automatik dibawa ke MoT untuk diteliti – TPM

Cadangan lesen motosikal B2 dinaiktaraf ke kelas B secara automatik dibawa ke MoT untuk diteliti – TPM

Cadangan untuk menaik taraf lesen memandu bagi kelas B2 kepada B secara automatik akan dibawa ke Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk diteliti terlebih dahulu. Itu yang diperkatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menambah, tidak ada masalah berhubung cadangan itu kerana penunggang motosikal yang mempunyai lesen B2 memang memiliki pengalaman menunggang kenderaan berkenaan, laporan Bernama.

“Saya tidak fikir ujian memandu (diperlukan) kerana mereka pemandu (penunggang) yang berpengalaman, dan saya juga fikir mereka tidak memerlukan syarat-syarat ketat.

“Saya akan kemukakan kepada Menteri Pengangkutan (Anthony Loke Siew Fook) dahulu, saya tidak fikir ini satu masalah kerana ia merupakan isu pentadbiran sahaja,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelepasan Konvoi Kembara Merdeka 66 di Pekan, Pahang, semalam.

Perkara ini dinyatakan susulan cadangan yang dikemukakan oleh Presiden Persatuan Superbikers Malaysia (SAM) Datuk Abdul Halim Sulaiman untuk menaik taraf automatik lesen motosikal B2 dengan had 250 cc kepada lesen kelas B penuh selepas tiga tahun. Ini dengan syarat pemegang lesen tidak melakukan sebarang kesalahan lalu lintas yang serius selepas mendapat lesen B2.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengklafikasikan lesen memandu kelas B2 bagi motosikal tidak melebihi 250 cc manakala kelas B membabitkan motosikal melebihi 500 cc.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required