Yamaha Exciter 155 VVA 2023 pasaran Vietnam – kembar Y16ZR dapat sedikit peningkatan

Yamaha Exciter 155 VVA 2023 pasaran Vietnam – kembar Y16ZR dapat sedikit peningkatan

Yamaha Exciter 155 VVA, yang merupakan kembar kepada Y16ZR pasaran Malaysia telah menerima beberapa peningkatan untuk pasaran Vietnam. Paling utama adalah pilihan warna, yang terdiri daripada merah, kuning dan kelabu matte.

Beberapa panel plastik turut diubah, termasuk pada bahagian atas lampu (kini mempunyai lubang nipis), bahagian atas dada (dua jalur lubang udara) dan atas panel meter (mempunyai ukiran tulisan 155 VVA).

Melihat kepada laporan media di Vietnam, model baru ini juga mendapat suspensi yang mempunyai jarak gerak lebih panjang, serta cakera brek hadapan yang lebih besar (267 mm). Model ini juga membawa pembaharuan angkup brek dua piston serta sistem ABS kepada Exciter 155 VVA pasaran Vietnam.

Bahagian lain nampak seperti tidak berubah, termasuk enjin yang masih menggunakan unit satu silinder 155 cc, suntikan bahan api, SOHC dengan Variable Valve Actuation (VVA), yang digabungkan bersama transmisi enam kelajuan (klac slip & assist) untuk menghasilkan kuasa 17.7 hp pada 9,500 rpm dan 14.4 Nm tork pada 8,000 rpm.

Ciri-ciri lain Exciter 155 VVA kebanyakannya adalah sama denagn Y16ZR, termasuk lampu LED, panel meter digital LCD, tangki bahan api 5.4 liter serta rim 17 inci dengan tayar 90/80 di hadapan dan 120/70 di belakang.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya โ€˜mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required