Chery Malaysia bakal perkenal tiga SUV baru dalam dua tahun — Jaecoo 7, 8 pada 2024; Omoda 9 2025

Chery Malaysia bakal perkenal tiga SUV baru dalam dua tahun — Jaecoo 7, 8 pada 2024; Omoda 9 2025

Chery Malaysia akan memperkenalkan lebih banyak model dalam tahun-tahun mendatang untuk memperluaskan barisan penawarannya di sini. Ketika Persidangan Pemilik Antarabangsar Chery 2023 di Wuhu, China, syarikat itu mendedahkan yang Omoda 9 serta Jaecoo 7 dan 8 akan tiba di pasaran tempatan kelak.

Semua model ini akan menyertai Omoda 5 dan Tiggo 8 Pro, bersama dengan Omoda 5 EV yang sudah pun disahkan untuk masuk ke pasaran sini pada 2024. Tidak dinyatakan sama tiga model yang bakal masuk itu adalah versi CBU atau CKD — kenderaan Chery di Malaysia dipasang di kilang Inokom Kulim, Kedah.

Omoda 9 juga dikenali sebagai Exeed RX (atau Yaoguang) dan merupakan SUV segmen C lima-tempat duduk yang menggunakan platform M3X syarikat itu. Spesifikasi Omoda 9 yang dikongsikan setakat ini adalah seperti berikut: ia mempunyai panjang 4,775 mm, lebar 1,920 mm, 1,671 mm tinggi dan jarak antara roda 2,800 mm. Enjin pula ialah unit 2.0L turbocas empat silinder petrol yang menjana sebanyak 249 PS (245 hp atau 183 kW) dan 385 Nm. Ini digandingkan dengan transmisi automatik klac berkembar tujuh-kelajuan dengan pacuan roda depan. Laju maksimum boleh mencapai 200 km/j.

Chery Malaysia bakal perkenal tiga SUV baru dalam dua tahun — Jaecoo 7, 8 pada 2024; Omoda 9 2025

Exeed merupakan cabang premium bagi Chery, dan Omoda 9 datang lengkap dengan lapan beg udara, AEB, kluster instrumen digital, sistem infotainmen dengan skrin sentuh 12.3-inci, sistem audio Sony, bumbung panoramik luas dan kerusi pemandu larasan kuasa.

Beralih kepada Jaecoo, ia juga satu lagi jenama eksport di bawah portfolio Chery. Jaecoo 7 (atau Tansuo 06) disasarkan untuk penggemar SUV dengan imej ranggi dengan rekaan lampu unik serta skrin sentuh menegak bersaiz 14.8-inci. Spesifikasinya antaranya adalah seperti berikut: ia mempunyai panjang 4,500 mm, 1,865 mm lebar, 1,680 mm tinggi dan jarak antara roda 2,650 mm. Enjin pula menggunakan unit 1.6-liter turbocas empat-silinder petrol dengan janaan 186 PS (183 hp atau 136.5 kW) dan 275 Nm yang digandingkan bersama transmisi automatik klac berkembar tujuh-kelajuan pacuan roda depan. Laju maksimum pula ialah 210 km/j.

Jaecoo 8 pula merupakan sebuah SUV yang lebih besar berbanding Omoda 9 dan dibangun menggunakan platform T1X Chery. Model ini juga dirujuk sebagai Tiggo 9 dan diposisikan di atas Tiggo 8 untuk pasaran China — dengan dua atau tiga barisan tempat duduk.

Chery Malaysia bakal perkenal tiga SUV baru dalam dua tahun — Jaecoo 7, 8 pada 2024; Omoda 9 2025

Luarannya dapat dilihat ada gril yang besar serta pemegang pintu tersembunyi, sementara ruang dalaman meminjam ilham dari Mercedes-Benz. Ciri seperti AEB, 10 beg udara, sistem infotainmen dengan skrin sentuh 12.3-inci, 14-pembesar suara dan kerusi larasan kuasa.

Ia mempunyai dimensi 4,815 mm panjang, 1,924 mm lebar, 1,710 mm tinggi dengan jarak antara roda 2,800 mm. Enjin pula menggunakan unit 2.0L turbocas empat-silinder petrol yang menghasilkan 249 PS (245 hp atau 183 kW) dan 385 Nm, dengan transmisi automatik klac berkembar tujuh kelajuan pacuan roda depan. Laju maksimum ialah 200 km/j.

Belum tahun bila model baru ini akan tiba, tetapi Chery Malaysia memaklumkan Jaecoo 7 dan 8 dijangka dilancarkan pada 2024, tahun yang sama Omoda 5 EV tiba. Omoda 9 mungkin akan masuk pada 2025 nanti. Satu lagi model yang dipertimbangkan untuk pasaran Malaysia ialah Arrizo 8, walaupun masih samar-samar lagi perancangannya.

Chery Omoda 9

Chery Jaecoo 7

Chery Jaecoo 8

Chery Omoda 5 EV

Chery Arizzo 8

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required