Neta V bakal dilancarkan di Malaysia pada 25 Okt 2023 – harga EV ini akan diumumkan di bawah RM100k?

Neta V bakal dilancarkan di Malaysia pada 25 Okt 2023 – harga EV ini akan diumumkan di bawah RM100k?

Susulan penampilan pertamanya pada Mei lalu, Neta V bakal dilancarkan secara rasminya di Malaysia pada minggu hadapan, seperti mana yang dimuat naik oleh Neta Auto Malaysia di laman Facebook rasminya. Model semua elektrik ini bakal dilancarkan pada 25 Oktober 2023 di IOI City Mall, Putrajaya.

Pelancaran rasmi Neta V ini juga akan diumumkan sekali harganya, di mana sebelum ini ia didakwa bakal menjadi EV yang paling murah di pasaran tempatan, iaitu RM99,800, seperti yang dipertontonkan pada Mei lalu, dengan rebat tunai bernilai RM10k menjadikan harganya diturunkan kepada RM89,900. Manakala pada Ogos lalu, dalam siri jelajah di pusat membeli-belah, ada wakil pengedar ‘menyatakan’ harganya sekitar RM79,800.

Walau bagaimana pun, pengedar rasminya untuk pasaran tempatan, Intro Synergy berkata, harga tersebut adalah kesilapan, dan harga rasmi Neta V ini hanya akan diumumkan secara rasminya apabila ia dilancarkan kelak.

Memang menarik sekiranya harga Neta V ini di bawah RM100k. Tetapi secara teknikal, ia tidak sepatutnya berlaku kerana tiada model BEV yang diimport di bawah harga RM100k dibenarkan dijual di Malaysia sehingga akhir 2025.

Neta V bakal dilancarkan di Malaysia pada 25 Okt 2023 – harga EV ini akan diumumkan di bawah RM100k?

Ini adalah syarat khusus yang dikenakan oleh kerajaan ke atas EV yang diimport, seperti yang diperincikan di bawah garis panduan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai Keperluan Permit (AP) yang diluluskan secara francais untuk 2023. walau bagaimana pun, syarikat berkenaan sudah tentu boleh menawarkan rebat kepada pembeli untuk mengimbangi harga akhir, jadi kita akan tahu tidak lama lagi.

Neta V ini diberikan motor elektrik depan yang membekalkan 95 PS (94 hp atau 70 kW) dan 150 Nm tork. Pengeluarnya mendakwa pecutan 0-50 km/j boleh dicapai dalam masa 3.9 saat, dan laju maksimum 120 km/j. Neta V mempunyai ukuran 4,070 mm panjang, 1,690 mm lebar, 1,540 mm tinggi dengan jarak antara roda 2,525 mm.

Ia didatangkan dengan bateri lithium-ion 38.5 kWh yang memberikan jarak bergerak 380 km mengikut kitaran NEDC. Untuk pengecasan, AC dengan Type 2 pada kadar maksimum 6.6 kW akan memerlukan masa lapan jam untuk cas penuh. Pengecasan pantas DC juga ada (dengan CCS2) pada kadar 100 kW dan mampu mengecas dari 30-80% dalam masa 30 minit. Ia juga boleh menjadi sumber tenaga kepada peranti lain melalui sistem vehicle-to-load (V2L) yang mampu menyalurkan sebanyak 3.3 kW.

Pada Ogos lalu, Hozon Auto mengumumkan kehadiran model facelift untuk Neta V di China, dan menamakannya sebagai Aya untuk pasaran berkenaan. Sedikit penambahanbaikan yang dibuat turut mendorong harganya dikurangkan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required