Jualan Proton untuk Oktober 2023 catat 12,772 unit

Jualan Proton untuk Oktober 2023 catat 12,772 unit

Jualan kenderaan Proton bagi bulan Oktober 2023 merekodkan sebanyak 12,772 unit terjual, menjadikan jumlah jualan semasa syarikat itu tahun ini kepada 129,604 unit. Dengan berbaki dua bulan lagi untuk 2023, Proton berada di landasan yang tepat untuk mengatasi jumlah jualan tahun lalu yang mencatatkan 141,432 unit, serta untuk mencapai pertumbuhan jualan bagi lima tahun berturut-turut.

Berbanding September 2023, Oktober 2023 menyaksikan jualan tumbuh sebanyak 4.4%, dan Proton menjangkakan kadar perkongsian pasaran sebanyak 20.1% di Malaysia. Ini naik sedikit daripada tahun lalu, yang mencatatkan 19.6%.

Jualan Proton untuk Oktober 2023 catat 12,772 unit

Jika mengikut pecahan pula, model paling laris masih milik Saga dengan 6,322 unit terjual sepanjang Oktober, dan 57,806 unit setakat ini bagi 2023 (YTD — juga sudah mengatasi apa yang dicapai pada 2022). Saga berada di belakang Perodua Bezza dalam segmen A sedan dalam pasaran untuk Oktober. Persona pula terjual sebanyak 2,041 unit bulan lalu, menduduki tempat ketiga bagi segmen B sedan selepas Toyota Vios dan Honda City. Bagaimanapun untuk YTD, Persona mendahului dengan 57,806 unit.

X50 juga di tempat ketiga segmennya dengan 2,021 unit terjual, dan 26,981 unit setakat ini bagi 2023. SUV segmen B ini kekal mendahului segmennya dan berada di depa Perodua Ativa serta Honda HR-V, dengan jumlah jualannya telah melepasi angka 100,000 unit dalam tempoh tiga tahun. Itu menjadikanny model SUV paling laris dalam masa paling singkat di Malaysia.

Jualan Proton untuk Oktober 2023 catat 12,772 unit

Masih bertahan sejak dilancarkan pada 2018 ialah X70 dengan 927 unit terjual sepanjang Oktober (kedua dalam segmennya selepas Honda CR-V), dan 9,705 unit setakat ini untuk 2023. Iriz pula dengan jualan 589 unit, tangga keempat selepas Myvi, yaris dan City Hatchback. Sepanjang tahun ini setakat Oktober, 6,633 unit Iriz telah terjual.

Model paling baru Proton X90 pula agak perlahan jualannya, dengan hanya 479 unit dan 3,914 unit keseluruhan sejak dilancarkan pada Mei. Ini bagaimanapun meletakkannya teratas mendahului Chery Tiggo 8 Pro. Dan yang terakhir dalam senarai ialah Exora, dengan 393 unit terjual bulan lalu, dan 3,910 unit setakat ini bagi 2023. MPV segmen C ini bagaimanapun sudah dihentikan pengeluarannya selepas 14 tahun, dengan jumlah keseluruhan 196,583 unit. Permintaannya bagaimanapun masih positif, dengan jualan 11.5% lebih berbanding tahun lalu.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required