PACE 2023: BMW sedia tawaran menarik untuk kereta, motosikal – pakej bernilai sehingga RM45,000 percuma

Selain pelancaran i5, BMW juga hadir di acara PACE 2023 di Setia Alam Convention Centre (SCCC) hari ini dan esok dengan pelbagai lagi tawaran menarik melalui Auto Bavaria termasuk untuk kereta dan juga motosikal.

Jika anda mencari SUV elektrik, ini adalah masanya kerana model iX ditawarkan dengan pakej Exclusive Edition, terhad bagi 50 pelanggan pertama. Jika menempah model ini di PACE 2023, anda boleh memilih sama ada pakej Power Up ataupun Carefree. Setiap pakej menyediakan barangan seperti di bawah.

Pakej Power Up:

  • Solar Power System oleh Solaroo
  • Pakej penyelenggaran serba mudah
  • Pemasangan Wallbox percuma
  • Kredit mengecas percuma satu tahun oleh Gentari
  • Penapis haba cermin dan coating oleh 3M
  • Cawan dilapis seramik boleh guna semula STTOKE
  • Payung BMW
  • Pakej Carefree:

  • TV Samsung 85? QLED 4K
  • Pakej penyelenggaran serba mudah (termasuk penukaran satu kali cakera dan pad brek)
  • Pemasangan Wallbox percuma
  • Kredit mengecas tanpa had satu tahun oleh Gentari
  • Penapis haba cermin dan coating oleh 3M
  • Cawan dilapis seramik boleh guna semula STTOKE
  • Payung BMW
  • PACE 2023: BMW sedia tawaran menarik untuk kereta, motosikal – pakej bernilai sehingga RM45,000 percuma

    Untuk motosikal pula, antara yang dipamerkan adalah model elektrik CE-04. Pengunjung bukan setakat boleh mendekati model yang mampu menghasilkan kuasa 31 kW (42 PS) dan 62 Nm tork ini, tetapi juga mencubanya sendiri di kawasan tunggang uji. Jika membuat tempahan pula, anda akan menerima pakej Exclusive Charging.

    Satu lagi model yang datang dengan tawaran istimewa adalah 2 Series Gran Coupe, yang juga ada dipamerkan di PACE 2023. Ia ditawarkan dengan rebat menarik, serta pilihan pembiayaan serendah 1.08% setahun (untuk tempoh dua tahun).

    Sebagai tambahan kepada tawaran menarik yang disediakan oleh BMW, membeli kenderaan di PACE akan membolehkan pengunjung menikmati banyak hadiah lain. Ini kerana, setiap kenderaan yang ditempah ketika acara akan didatangkan dengan baucar bernilai RM2,500 daripada jenama produk automotif sokongan lain yang turut terlibat.

    Apa yang boleh dijangkakan sepanjang dua hari acara ini berlangsung? Ada banyak. Sebagai contoh, baucar RM500 untuk filem penapis haba dan coating kenderaan (V-Kool), baucar RM500 untuk kerusi keselamatan kanak-kanak (Recaro Kids) dan baucar RM500 untuk kerusi kulit kustom (DK Schweiser) adalah antara hadiah yang menanti.