PACE 2023: Gentari tawarkan Pelan Keahlian pada harga RM899, diskaun pengecasan EV 50%

PACE 2023: Gentari tawarkan Pelan Keahlian pada harga RM899, diskaun pengecasan EV 50%

Sama ada anda memang pemilik EV ataupun bercadang untuk memilikinya pada masa hadapan, ini adalah sesuatu yang tidak boleh dilepaskan. Gentari, yang merupakan penaja bersama acara PACE 2023 yang sedang berlangsung hari ini dan esok di Setia City Convention Centre (SCCC) menawarkan Pelan Keahlian pada harga RM899, serta baucar Grab bernilai RM100 secara eksklusif.

Tawaran ini hanya akan diberikan kepada 50 pelanggan pertama, dan anda perlu cepat! Melalui Pelan Keahlian Gentari, anda akan dapat menikmati diskaun 50% bagi setiap transaksi pengecasan selama satu tahun selepas diaktifkan. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan akses kepada lebih 200 tempat pengecasan Gentari di seluruh negara.

Gentari adalah satu syarikat tenaga bersih yang memberi fokus kepada penyampaian penyelesaian bersepadu untuk tenaga bersih. Ia menawarkan penyelesaian karbon rendah melalui tiga portfolio teras utama iaitu Tenaga Boleh Diperbaharui, Hidrogen serta Mobiliti Hijau.

Sekiranya hadir di PACE 2023, anda boleh mendekati pelbagai kenderaan yang dipamerkan dan apabila membuat tempahan, berpeluang mendapat ganjaran menarik termasuklah baucar bernilai RM2,500 dari rakan kerjasama kami. Ini termasuklah baucar filem cermin gelap bernilai RM500 (V-Kool), baucar RM500 untuk alas kereta dari Dodomat, baucar RM500 dari Blueair, baucar RM500 untuk tempat duduk keselamatan kanak-kanak (Recaro Kids) dan baucar RM500 untuk tempat duduk kulit kustom (DK Schweizer).

Rakan penaja utama PACE 2023, Petronas dan penaja bersama myTukar turut menyediakan booth masing-masing. Malahan myTukar juga mempamerkan pelbagai barisan kenderaan terpakai untuk dijual dan menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required