PACE 2023: Volkswagen Arteon dan Golf GTI dengan IQ.Drive diberi penjimatan tambahan sehingga RM23k

PACE 2023: Volkswagen Arteon dan Golf GTI dengan IQ.Drive diberi penjimatan tambahan sehingga RM23k

PACE 2023 yang sedang berlangsung di SCCC, Setia Alam pada hujung minggu 4-5 November 2023 ini turut menyaksikan dua model Volkswagen dipamerkan, masing-masing dengan tawaran dan penjimatan yang sangat menarik.

Volkswagen Arteon 4Motion R-Line sebelum ini telah menerima peningkatan dengan pertambahan IQ.Drive sebagai ciri standard. Ciri berkenaan terdiri daripada beberapa kelengkapan keselamatan yang canggih, seperti Front Assist (AEB), Travel Assist dengan Adaptive Cruise Control, Side Assist, Rear Cross Traffic Alert dan Lane Assist.

Set keselamatan canggih tersebut, digandingkan dengan rekaan yang menawan, serta enjin 2.0 TSI, sistem pacuan semua roda serta sistem infotainmen Discover Pro menjadikan Arteon dengan IQ.Drive ini sangat berbaloi untuk dipertimbangkan jika anda sedang mencari sebuah sedan premium.

Sepanjang PACE 2023, Arteoan dengan IQ.Drive ditawarkan dengan penjimatan sebanyak RM23,000 serta pakej penyelenggaraan percuma selama tujuh tahun. Dengan tempahan di lokasi acara, baucar bernilai RM2,500 daripada rakan penganjur turut akan diberikan.

PACE 2023: Volkswagen Arteon dan Golf GTI dengan IQ.Drive diberi penjimatan tambahan sehingga RM23k

Sebuah lagi model yang datang dengan penjimatan menarik ialah Golf GTI Mk8 yang terkini. Lebih menarik, ia kini juga lengkap dengan ciri IQ.Drive yang sama seperti Arteon. Dengan pakej keselamatan seperti itu, diganding bersama prestasi dari enjin 2.0L TSI yang menghasilkan 245 PS dan 370 Nm tork menjadikannya penawarannya lebih menarik. Dan, khusus untuk PACE 2023, ia ditawarkan dengan penjimatan tambahan sebanyak RM10,000 serta pakej penyelenggaraan percuma selama tujuh tahun jika membuat tempaahan di acara ini.

Selain itu, jika menempah mana-mana model kereta menerusi acara PACE 2023 ini, pengunjung berpeluang mendapat ganjaran menarik termasuklah baucar bernilai RM2,500 dari rakan kerjasama kami. Ini termasuklah baucar filem cermin gelap bernilai RM500 (V-Kool), baucar RM500 untuk alas kereta dari Dodomat, baucar RM500 dari Blueair, baucar RM500 untuk tempat duduk keselamatan kanak-kanak (Recaro Kids) dan baucar RM500 untuk tempat duduk kulit kustom (DK Schweizer).

Rakan penaja utama PACE 2023, Petronas dan penaja bersama myTukar turut menyediakan booth masing-masing. Malahan myTukar juga mempamerkan pelbagai barisan kenderaan terpakai untuk dijual dan menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required