Mazda CX-5 2024 di Malaysia — lancar tak lama lagi?

Mazda CX-5 2024 di Malaysia — lancar tak lama lagi?

Bermaz Motor nampak gayanya seperti sedang membuat persiapan untuk pengenalan Mazda CX-5 facelift tidak lama lagi. Ini susulan seorang daripada pembaca paultan.org, Pavithren Shankar yang berkongsi imej SUV berkenaan ketika sedang berada di atas lori pengangkut.

Pelekat samaran yang dikenakan di bahagian tertentu unit berkenaan seperti bertujuan untuk menyembunyikan perubahan rekaan bagi model facelift itu, dan antara yang terlibat ialah rekaan lampu belakang. Kemaskini terbaru ini melibatkan perubahan pada bentuk kluster lampu yang kini nampak lebih kurus seperti yang dapat dilihat dalam gambar ini.

Kemaskini lain bagaimanapun tidak begitu ketara, tetapi antaranya kemasan dalaman lampu belakang bukan lagi bulatan, sementara rekaan lampu depan dengan rekaan baru turut mempunyai elemen lampu LED bersegi di dalamnya. Gril juga datang dengan perincian mesh 3D, dan apron bawah kurang perincian hitam berbanding versi semasa.

Untuk bahagian dalaman, ia kekal seperti sedia ada, melainkan pertambahan tapak pengecas tanpa wayar Qi serta sistem mod pemanduan Mazda intelligent Drive Select (Mi-Drive). Skrin infotainmen 10.25-inci pula bukan ciri baru memandangkan ia telah diperkenalkan pada model yang dikemaskini pada Ogos 2020, walaupun bukan untuk pasaran Malaysia. Untuk pasaran tempatan, versi facelift pada Oktober 2019 kekal ditawarkan hingga kini. Facelift penuh ini pula mula didedahkan pada September 2021.

Bagi aspek keselamatan pula, i-Activsense diberi kemaskini ciri Cruising & Traffic Support (CTS) baru, yang membantu mengurangkan keletihan pemandu dengan memantu input pendikit, pedal berek dan operasi stereng ketika dalam kesesakan lalulintas. Lampu utama LED adaptif (ALH) depan pula kini dengan capahan cahaya lebih kemas.

Setakat ini, belum ada sebarang maklimat berkaitan bila CX-5 facelift terbaru ini akan dilancarkan, namun ia berkemungkinan untuk model tahun 2024.

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required