R&R Sungai Perak arah utara ditutup sementara esok petang bagi operasi banteras monyet liar – PLUS

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memaklumkan bahawa kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak (arah Utara), termasuk stesen minyak, akan ditutup sementara jam 2.30 petang hingga 5 petang esok (14 Julai 2026) bagi menjalankan operasi menangani gangguan monyet liar di lokasi berkenaan. Operasi tersebut akan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan PERHILITAN Sungai Siput.

Justeru, PLUS menasihati pengguna lebuhraya supaya merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan kemudahan R&R atau hentian sebelah berhampiran sebagai alternatif sepanjang tempoh penutupan.

Sementara itu, kemudahan tandas di plaza tol Jasin, Melaka, juga ditutup sementara secara berperingkat mulai hari ini sehingga 31 Ogos untuk kerja-kerja naiktaraf. Walau bagaimana pun, kemudahan tandas bergerak akan disediakann.