Beberapa jalan di Pulau Pinang ditutup pada Jumaat malam untuk acara PDRM 2023 Solidarity Fun Ride

Lanjutan mengenai acara kayuhan basikal Penang 2nd Bridge Polis Diraja Malaysia Solidariti Fun Ride 2023 yang bakal berlangsung pada malam esok, 22 Disember, selain Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) yang bakal ditutup mulai jam 10 malam, beberapa jalan utama di sekitar bahagian pulau juga terlibat dengan penutupan.

Menurut Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, penutupan dan lencongan jalan akan dibuat secara berperingkat mulai 8 malam pada 22 Disember hingga 3 pagi keesokannya (23 Disember).

“Peringkat pertama bermula pada 8 malam melibatkan bulatan Queen 1 dan Bulatan Queensbay manakala peringkat kedua pada 9 malam melibatkan Bulatan Persiaran Bayan Indah, Bulatan Batu Maung menghala ke pusat bandar. Manakala peringat kedua pula akan ditutup jam 9 malam yang melibatkan Bulatan Persiaran Bayan Indah (berhampiran susur keluar Seagate), Bulatan Batu Maung menuju ke pusat bandar dan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ke arah kawasan perindustrian.

“Peringkat ketiga ialah pada 10 malam melibatkan kesemua susur masuk dan keluar JSAHMS kedua-dua arah dan bulatan Bayan Baru,” katanya.

Beberapa jalan di Pulau Pinang ditutup pada Jumaat malam untuk acara PDRM 2023 Solidarity Fun Ride

Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif seperti yang dinyatakan di dalam gambarajah di atas bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan.

Tambahnya lagi, “Seramai 800 pegawai dan anggota polis terlibat dalam menjaga lalu lintas dan juga keselamatan orang ramai, mereka dinasihatkan untuk mematuhi arahan pihak polis yang bertugas bagi melancarkan perjalanan.”

Seramai1,500 peserta dijangka mengambil bahagian dalam edisi kelima Penang 2nd Bridge Polis Diraja Malaysia Solidariti Fun Ride 2023 yang membabitkan kayuhan sejauh 52 kilometer. Acara pelepasan bakal diadakan di hadapan Queensbay Mall tepat jam 11 malam.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required