Bezza generasi ke-2 masih akan dibangun sendiri oleh Perodua, tapi guna logo Daihatsu bagi pasaran ASEAN

Bezza generasi ke-2 masih akan dibangun sendiri oleh Perodua, tapi guna logo Daihatsu bagi pasaran ASEAN

Kalau anda perasan, satu-satunya model Perodua yang tiada kembar dengan logo Daihatsu atau Toyota adalah Bezza. Ini kerana Bezza dibangunkan sendiri oleh Perodua di Rawang walaupun masih menggunakan platform yang diasaskan dari hatchback Daihatsu Ayla/Toyota Agya/Perodua Axia generasi pertama.

Bagi model generasi kedua kelak, Naib Presiden Perodua Datuk Ahmad Suhaimi Hashim menegaskan bahawa Bezza masih akan dibangunkan sendiri oleh Perodua, tetapi apa yang berbeza sedan generasi baharu tersebut turut akan dijual dalam pasaran ASEAN yang lain menggunakan logo Daihatsu – ini bukan pertama kali untuk Perodua dan Daihatsu kerana Myvi generasi ketiga adalah dibangunkan sendiri oleh Perodua, dan model yang dipasang di Rawang tersebut turut dieksport ke Indonesia di jual dengan nama Daihatsu Sirion.

Perkara ini disebut oleh Ahmad Suhaimi dalam ucapan pembukaannya ketika berlangsungnya peringkat akhir pertandingan Asian Compact Sedan Design Challenge (ACSDC)2023 baru-baru ini, di mana beberapa rekaan untuk Bezza generasi baharu kelak akan diambil dari rekaan-rekaan pemenang pertandingan tersebut.

Bezza generasi ke-2 masih akan dibangun sendiri oleh Perodua, tapi guna logo Daihatsu bagi pasaran ASEAN

“Kami mencari kesimbangan antara rupa dan fungsi dan juga ia boleh diterima lebih luas bukan hanya pada pasaran Malaysia tetapi lebih daripada itu. Sementara di Malaysia, sedan sentiasa dilihat sebagai mod pengangkutan yang lebih praktikal, tetapi secara tipikalnya dalam setiap negara lain, sedan merupakan simbol status,” katanya.

“Kami mahu hubungkan perbezaan tersebut sedekat yang boleh, melengkapkan kereta baharu ini dengan perincian keselamatan dan keterhubungan terkini serta dalam julat harga yang tipikal dengan produk kami. Proses ini akan mengambil masa beberapa tahun, tetapi kerja-kerja tersebut kini sedang berjalan,” tambahnya lagi.

Bagi menghasilkan sebuah model yang “kena dengan selera” semua negara ASEAN bukanlah perkara yang mudah. Contohnya bagi pasaran Malaysia pengguna di sini lebih gemar dengan tema sporty dan garang, berbanding di Indonesia yang lebih sukakan imej kereta mewah.

Bezza generasi ke-2 masih akan dibangun sendiri oleh Perodua, tapi guna logo Daihatsu bagi pasaran ASEAN

Malah penggunaan model-model ini juga berbeza di setiap negara – Di Indonesia misalnya, pengguna dengan pendapatan lebih rendah lebih sukakan MPV dan hatchback lima-pintu murah bagi kegunaan keluarga, manakala sedan menjadi “simbol status” yang lebih tinggi seperti yang diperkatakan oleh Ahmad Suhaimi tadi. Sementara di Malaysia, pengguna dalam pasaran yang sama pula lebih sukakan sedan dengan but besar yang dilihat lebih praktikal.

Dengan faktor-faktor sebegini, ketua pereka Perodua Muhamad Zamuren Musa memberitahu paultan.org bahawa dia perlu melawat ke negara-negara jiran bagi memahami secara lebih teliti berkenaan ‘selera ASEAN’ tersebut. Menurutnya menerusi lawatan-lawatan tersebut, dia sudahpun menjumpai sesuatu dan elemen tersebut akan diserlahkan pada Perodua Bezza generasi kedua nanti.

Apa yang boleh diramal, Perodua Bezza generasi baharu kelak mungkin akan menggunakan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) yang sama seperti Axia generasi kedua. Konsep binaannya juga mungkin sama seperti model generasi sedia ada di mana Perodua akan menghasilkan sepenuhnya sendiri rekaan badan atas, sementara perincian dalaman dan mekanikal akan turut dikongsi bersama Axia.

GALERI: Pertandingan Asian Compact Sedan Design Challenge (ACSDC) 2023 yang dianjurkan Perodua

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

  • mistoka on Dec 22, 2023 at 8:58 am

    Front looks like preve and rear looks like saga. what even is this rendering?

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 1
 

Add a comment

required

required