Jaecoo J7 dipertonton di M’sia — 1.6T dan 7DCT, 194 hp/290 Nm; harga dijangka sekitar RM160k, lancar Q2

Jaecoo J7 dipertonton di M’sia — 1.6T dan 7DCT, 194 hp/290 Nm; harga dijangka sekitar RM160k, lancar Q2

Jaecoo, sebuah jenama dalam segmen premium berkaitan Chery dari China, kini dengan rasminya bertapak di Malaysia dengan pra-tonton model SUV premium Jaecoo J7. Model berkenaan bagaimanapun dijangka akan dilancarkan di sini pada suku kedua 2024.

Jaecoo J7 mempunyai ukuran dimensi 4,500 mm panjang, 1,865 mm lebar, 1,680 mm tinggi dengan jarak antara roda 2,650 mm. Untuk pasaran tempatan, SUV ini menggunakan unit enjin 1.6-liter turbocas empat-silinder petrol dengan janaan kuasa 194 hp atau 145 kW kW dan 290 Nm tork. Ini digandingkan pula dengan transmisi 7DCT dari Getrag. Pecutan 0-100 km/j SUV ini didakwa dalam masa 8.0 saat.

Jaecoo J7 dipertonton di M’sia — 1.6T dan 7DCT, 194 hp/290 Nm; harga dijangka sekitar RM160k, lancar Q2

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan sistem Intelligent 4WD, tujuh mod permukaan pemanduan serta gandar belakang dengan kemampuan beban 3,000 Nm. Jaecoo J7 ini dibangun menggunakan platform yang sama dengan model Chery Omoda 5. Untuk harga, oleh kerana Jaecoo adalah sayap lebih premium bagi Chery dan akan dipasarkan secara berasingan bagi masing-masing jenama tersebut.

Untuk harga, Jaecoo J7 disasarkan untuk berada di sekitar harga Chery Tiggo 8 Pro, iaitu di sekitar RM170,000. Semasa pelancaran, unit CBU model ini yang akan diperkenalkan kelak, namun unit yang akan diserahkan kepada pelanggan adalah unit CKD.

Jaecoo J7 dipertonton di M’sia — 1.6T dan 7DCT, 194 hp/290 Nm; harga dijangka sekitar RM160k, lancar Q2

Di luar, antara lain model ini dilengkapi dengan ciri seperti lampu utama dan DRL LED, rekaan gril jalur tegak yang besar, dengan rekaan wajah dan badan moden dan minimal. Di dalam, ia hadir dengan ciri seperti kerusi dengan kawalan pendingin, paparan tengah menegak 14.8-inci dengan kamera 540-darjah, perincincian kemasan permukaan aluminium serta pengecas tanpa wayar dengan pendingin 50w serta 64-warna suasana dalam kabin.

Ciri keselamatan pula senarainya agak lengkap, dengan sistem ADAS juga tersedia. Ia merangkumi ciri antaranya seperti AEB, kawalan melayar adaptif, amaran penukaran lorong, kawalan lampu utama pintar, makluman ketika kereta depan bergerak, pengesan titik buta, amaran lintasan trafik di belakang dan banyak lagi.

Untuk varian, bagi sesi pra-tonton ini, Jaecoo J7 dibawa dalam penawaran pacuan roda belakang dan juga pacuan semua roda. Namum, belum ada keputusan sama ada ingin menawarkan kedua-duanya secara rasmi atau hanya salah satu daripadanya, nanti.

Jaecoo J7 di Malaysia

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required