Katakanlah apabila Exora sudah tidak dijual nanti, Proton akan mengeluarkan MPV baru sebagai pengganti. Bagaimana rupanya? Itulah yang ditanya oleh Theophilus Chin, dan memandangkan beliau mempunyai kemahiran dalam lukisan digital, satu bayangan dibuat.
Exora telah menjadi satu pilihan yang popular dalam pasaran MPV segmen C agak lama, tetapi pengeluarannya sudah dihentikan dan berakhir Oktober lalu. Ada yang menganggap X90 sebagai pengganti terus Exora, jadi sekarang ada ruang untuk MPV yang lebih kecil, mungkin seperti pesaing kepada Perodua Alza.
Theo memanggil bayangan MPV kompak Proton ini sebagai M70, dan ia menggabungkan badang Volkswagen Touran generasi ketiga dengan elemen rekaan serta permukaan daripada sedan S70. Apa pendapat anda dengan lukisan ini? Adakah ia nampak menarik?
Exora mempunyai ukuran badan 4,615 mm panjang dan 1,809 mm lebar, menjadikannya lebih besar berbanding Touran yang mencatat 4,527 mm dan 1,829 mm. Perlu dinyatakan juga, kedua-duanya adalah MPV yang lebih besar berbanding Alza sekarang yang mencatat 4,425 mm dan 1,730 mm.
Proton masih tidak membuat sebarang pengesahan sama ada Exora akan disambung untuk generasi seterusnya ataupun tida. Sebelum ini pernah keluar khabar angin Geely Jiaji akan menjadi asas untuk Exora baru, tetapi tiada berita baru sehingga kini. Adakah patut sebenarnya Proton letak sahaja Exora di tepi dan perkenalkan MPV yang lebih kecil? Anda rasa?
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.
Sangat menarik! Cuma ruangan antara tiang C dan D wajar dipanjangkan dan diluaskan untuk menampung 3 penumpang pada tempat duduk barisan ketiga.
Highly recommended!
Aku sokong 100% idea ni.
Infact aku pernah bagitahu dekat family aku, kalau proton dapat keluarkan mpv kecik ala2 alza 1st model dulu tapi datang safety features yang wajib ada pada kenderaan model, dan dengan harga yang lebih murah dari alza yang sekarang,
Aku 100% yakin, sale proton akan mendonia kembali.
Takada turbo tak apa.
Enjin geely 1.5 NA tu pun dah ok.
Ni kereta keluarga, bukan nak pergi berlumba.