Pengganti Bugatti Chiron akan dapat enjin V16 hibrid

Pengganti Bugatti Chiron akan dapat enjin V16 hibrid

Diperkenalkan kali pertama sewaktu Geneva Motor Show 2016, Bugatti Chiron kini sudah berusia lapan tahun. Masa untuk model penggantinya sudah tiba dan Bugatti memberikan usikan awal dengan memperkenalkan enjinnya terlebih dahulu.

Jangan risau, Bugatti tidak mengambil langkah mengecilkan enjinnya, seperti yang banyak dilakukan pengeluar lain. Enjin model pengganti Chiron ini masih menggunakan 16 silinder, tetapi bukan lagi dengan susunan W seperti pada Veyron dan Chiron.

Sebaliknya, ia akan menggunakan susunan piston V, dan bunyi yang terhasil juga cukup mengujakan, seperti yang boleh anda dengar sendiri dalam video di bawah. Kemudiannya ia ditambah dengan sistem hibrid, dan ini adalah kali pertama Bugatti melakukannya.

“Melalui setiap generasi kereta sports hyper mereka, Bugatti telah membawa tanda aras rekaan, kejuruteraan, prestasi dan hasil kerja ke tahap lebih tinggi. Pada tahun ini, iaitu lapan tahun selepas Chiron didedahkan, Bugatti menunjukkan kepada dunia halaman pertama kepada bab baru dalam sejarah mereka,” kata pengeluar tersebut dalam siaran akhbarnya.

Selain video teaser pendek berkenaan enjin ini, tiada perincian lain yang didedah, tetapi Bugatti mengesahkan mereka akan menunjukkan lebih lagi pada bulan Jun tahun ini. Pengganti Chiron ini nanti akan menjadi model pertama hasil daripada kerjasama Bugatti dan Rimac, yang sudah bermula sejak Julai 2021.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required