Stellantis Malaysia mula operasi — Peugeot 408 dijangka suku kedua nanti, turut libatkan jenama lain

Stellantis Malaysia mula operasi — Peugeot 408 dijangka suku kedua nanti, turut libatkan jenama lain

Susulan kepada pengumuman Bermaz Auto Alliance (BAA) minggu lalu, pemegang francais Peugeot, Stellantis Malaysia kini telah memulakan operasi sejak Jumaat lalu, 1 Mac.

Stellantis selaku syarikat induk pemilik Peugeot bersama dengan syarikat jualan nasional (NSC)-nya mengarahkan dan menguruskan aspek pemasaran, jualan, pengedaran dan lepas jualan di Malaysia memaklumkan penubuhannya adalah sebahagian daripada sasaran pertumbuhannya di ASEAN dan selari dengan rancangan elektrifikasi dan strategi glabal Dare Forward 2030 syarikat itu.

“Stellantis Malaysia merupakan permulaan yang menarik buat kami di Malaysia,” ujar Pengarah Urusan Stellantis Malaysia, Jamie Francis Morais dalam satu kenyataan yang dikeluarkan. “Ada empat teras yang menjadi keutamaan kami, iaitu mempercepat pertumbuhan pasaran, memperluas portfolio produk, mewujudkan peluang pengedaran baru seluruh negara dan memberikan khidmat pelanggan yang lebih baik.”

Stellantis Malaysia mula operasi — Peugeot 408 dijangka suku kedua nanti, turut libatkan jenama lain

Syarikat ini juga telah penganjuran hari bersama pelabur di kilang pemasanganya di Gurun, Kedah dengan membentangkan pelan berkaitan kenderaan yang bakal diperkenalkan untuk pasaran tempatan. Ini termasuklah Peugeot 408, yang dijangka dilancarkan pada suku kedua tahun ini, serta trak pikap Landtrek pemasangan tempatan. Tiada e-2008, tetapi kelihatan adanya e-3008 generasi ketiga, yang diperkenalkan untuk global September tahun lalu.

Lebih menarik, Stellantis Malaysia tidak hanya menunjukkan kenderaan Peugeot. Turut ada ialah model lain di bawah portfolio syarikat itu seperti Citroën C3 Aircross, Jeep Wrangler dan sedikit berbeza, Alfa Romeo Tonale.

Mengukuhkan lagi petunjuk oleh syarikat berkenaan untuk membawa jenama lain ke sini adalah pelaburan lebih RM2 bilion untuk kilang Gurun berkenaan. Kemudahan itu, disifatkan sebagai hab pengeluaran serantau untuk pasaran Malaysia dan eksport ASEAN, mampu mengeluarkan kenderaan yang menggunakan platform modular STLA Medium untuk enjin konvensional, mild-hybrid dan kenderaan elektrik.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required