Sultan Ibrahim kurniakan Proton X90 kepada lima pegawai kerajaan bagi iktiraf sumbangan cemerlang

Sultan Ibrahim kurniakan Proton X90 kepada lima pegawai kerajaan bagi iktiraf sumbangan cemerlang

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berkenaan mengurniakan lima buah SUV Segmen-D Proton X90 kepada lima pegawai kerajaan sebagai mengiktiraf sumbangan serta khidmat cemerlang mereka. Penyerahan tersebut telah dibuat pada 8 Mac lalu dan ia disampaikan oleh YBhg Dato’ Zailani Hashim, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara.

Lima penerima Proton X90 tersebut adalah Tan Sri Razarudin Husain, Ketua Polis Negara; Dato’ Azuan Effendy Zairakithnaini, Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara dan Dato’ Munir Md Salleh, Pegawai Agama Istana Negara; Mejar Jeneral Dato’ Indera Zahari Mohd Ariffin, Mantan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara dan Kolonel (B) Dato’ Nazim Mohd Alim.

Menurut hantaran yang dibuat pada laman facebook rasmi Sultan Ibrahim, ini bukan kali pertama baginda mengurniakan kereta kepada pegawai-pegawai kerajaan. Sebelum ini Baginda telah mengurniakan pelbagai kenderaan kepada pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Johor, pegawai daerah, doktor perubatan serta jururawat yang berjasa serta dedikasi dalam menjalankan tugas.

“Contohnya, pada tahun 2010 Seri Paduka Baginda berkenan mengurniakan 11 kereta dan lapan motosikal berkuasa besar kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pada 2018, Baginda mengurniakan Proton Suprima kepada semua Pegawai Daerah di Johor.

“Dalam menzahirkan penghargaan kepada pasukan perubatan, Seri Paduka Baginda juga pernah mengurniakan 10 Perodua Myvi kepada jururawat yang bertugas di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, pada September 2020. Baginda juga pernah mengurniakan Proton X70 kepada tiga doktor sebagai penghargaan di atas khidmat mereka dalam pasukan perubatan Istana Johor pada 2021,” tulis hantaran tersebut.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required