WCE: Persimpangan Taiping Selatan-Beruas dibuka mulai 12 Mac – tol percuma hingga 11 Mei 2024

WCE: Persimpangan Taiping Selatan-Beruas dibuka mulai 12 Mac – tol percuma hingga 11 Mei 2024

Esok umat Islam bakal menyambut kedatangan 1 Ramadan, dan pasti ada yang sudah mula merancang perjalanan untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal kunjung tiba tak lama lagi. Seperti kelaziman, lebuhraya utama di negara ini pastinya akan mengalami kesesakan trafik luar biasa menjelang perayaan besar.

Walau bagaimana pun, dengan adanya laluan alternatif pastinya mampu membantu menyuraikan trafik. Bagi yang ingin ke utara, selain Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), kini anda juga boleh memilih untuk menggunakan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) yang telah membuka enam daripada 11 seksyen. Selain Lebuhraya PLUS, WCE juga akan disambungkan ke lebuhraya lain termasuk Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) dan Lebuhraya Shah Alam (KESAS).

Hari ini, giliran Seksyen 11 yang melibatkan Persimpangan Bertingkat Taiping Selatan ke Persimpangan Bertingkat Beruas diilancarkan secara rasminya oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bersama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

WCE: Persimpangan Taiping Selatan-Beruas dibuka mulai 12 Mac – tol percuma hingga 11 Mei 2024

Bagi Seksyen 11 yang dibuka ini, ia melibatkan jajaran sepanjang 35.5 km yang menghubungkan pengguna secara terus dari Lebuhraya PLUS di Changkat Jering ke Beruas, Perak. Seksyen ini dibuka secara rasmi kepada pengguna lebuh raya mulai jam 12.01 tengah malam pada 12 Mac 2024.

Sempena dengan pembukaan rasmi laluan berkenaan, Alexander mengumumkan pengecualian tol bagi semua jenis kelas kenderaan yang melalui Lebuhraya WCE Seksyen 11 ini bermula 12 Mac sehingga 11 Mei 2024, iaitu bagi pengguna lebuh raya yang memasuki WCE Seksyen 11 yang melalui Plaza Tol Taiping Selatan, Plaza Tol Trong dan Plaza Tol Beruas bagi kedua-dua arah utara dan selatan.

Bagi Seksyen 11 ini, ia mempunyai dua persimpangan iaitu Persimpangan Trong dan Persimpangan Taiping Selatan, dijangka dapat menjimatkan masa perjalanan dari Changkat Jering ke Beruas yang akan mengambil masa hanya 20 minit sahaja berbanding 55 minit sebelum ini melalui laluan sedia ada. Pengurangan masa perjalanan ini pastinya memberikan penjimatan kos bahan api bagi pengguna yang menuju ke selatan Perak sehingga ke Selangor dan juga merupakan alternatif kepada Lebuhraya PLUS dan mengurangkan kesesakan terutama pada waktu puncak, musim perayaan dan cuti persekolahan.

Ia juga merupakan akses yang lebih mudah kepada pengguna untuk ke destinasi pelancongan menarik di sekitar negeri ini seperti Zoo Taiping, Taman Tasik Taiping, Hutan Paya Bakau Matang, Muzium Perak, Pantai Remis, Pulau Pangkor serta menjadi nilai tambah kepada kempen Tahun Melawat Perak 2024 dan Sambutan Ulang Tahun ke-150 bandar Taiping.

Sepanjang laluan Seksyen 11 ini, terdapat enam perhentian teduhan motosikal (untuk kedua-dua arah utara dan selatan).Selain itu, ia turut menyediakan dua terowong lintasan haiwan liar yang merentasi Hutan Simpan Bubu. Malahan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) turut disediakan iaitu R&R Sungai Nyiur untuk kedua-dua arah utara dan selatan.

“Dengan pembukaan Lebuhraya WCE Seksyen 11 ini, ia akan memberikan alternatif yang lebih selesa kepada pengguna yang menuju ke utara dengan laluan yang lebih landai dan kurang berbukit.

WCE: Persimpangan Taiping Selatan-Beruas dibuka mulai 12 Mac – tol percuma hingga 11 Mei 2024

“Jajaran ini juga menyediakan lebih kesalinghubungan antara rangkaian lebuh raya untuk kemudahan pengguna sebagai pelengkap keseluruhan jajaran WCE di negeri Perak dan pastinya akan memberi manfaat besar kepada pengguna terutamanya dalam penyuraian trafik, penjimatan masa dan kos perjalanan (bahan api) serta pemanduan yang selesa dan selamat,” kata Alexander.

Tambah beliau, Lebuhraya WCE ini turut memainkan peranan dalam memangkin penjanaan ekonomi masyarakat setempat persisiran pantai barat semenanjung yang terkenal dengan makanan laut dan penghasilan hasil laut. Ini sekaligus memberi impak sosio-ekonomi yang lebih besar kepada negeri Perak dan Selangor melalui sambungan akses sedia ada dari lebuh raya ke pelabuhan.

“Ia juga akan menjadi laluan pilihan utama kepada aktiviti ekonomi logistik yang berurusan secara langsung dengan pelabuhan- pelabuhan seperti Pelabuhan Lumut, Pelabuhan Teluk Intan dan Pelabuhan Klang,” katanya.

WCE: Persimpangan Taiping Selatan-Beruas dibuka mulai 12 Mac – tol percuma hingga 11 Mei 2024

Lebuhraya WCE merupakan lebuhraya antara bandar yang menghubungkan Changkat Jering di Perak ke Banting, Selangor sepanjang 314.5 km dengan melalui destinasi utama seperti Beruas, Sri Manjung, Sitiawan, Teluk Intan, Bagan Datuk, Hutan Melintang, Sabak Bernam, Tanjong Karang, Kuala Selangor, Klang, Shah Alam dan Banting.

Ia merangkumi 11 seksyen iaitu tujuh seksyen di Selangor dan empat seksyen di Perak. Selain Seksyen 11, lima lagi seksyen WCE telah dibuka iaitu Seksyen 5 (Klang-Kapar) dan Seksyen 6 (Kapar – Assam Jawa) di Selangor serta Seksyen 8 ( Hutan Melintang-Telok Intan), Seksyen 9 (Kampung Lekir -Changkat Chermin) dan Seksyen 10 (Changkat Chermin-Beruas) di Perak. Secara purata trafik harian mencecah 70,000 kenderaan yang melalui lima seksyen berkenaan.

Setakat ini, WCE telah pun siap sebanyak lebih 93% dan dalam masa terdekat ini ada dua seksyen lagi yang bakal dibuka iaitu Seksyen 1 (Banting-SKVE) dan Seksyen 2 (SKVE-SAE). Dijangkakan keseluruhan jajaran Lebuhraya WCE ini akan dibuka sepenuhnya pada akhir tahun 2025.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • They have overlooked one major issue. Never learned the elite plus bottleneck lesson near nilai. Changkat jering to juru will have only two lanes which will inevitably results in a bottleneck as 4 lanes become 2 at changkat jering. Traffic between jawi and sg dua in plus penang is already worse than nkve and they stil dont have a solution more traffic from wce will make the strech from jawi to sg dua a complete nightmare. wce should go all the way to batu kawan that makes more financial sense or plus must immediately widen changkat jering to juru to 6 lanes and build a bypass from juru to sg dua and there is no way it can cope with the increased traffic from wce esp from the klang valley

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required