Lotus Store pertama di Malaysia kini dibuka di Pavilion Damansara Heights; ruang pameran, konfigurator dll

Lotus Store pertama di Malaysia kini dibuka di Pavilion Damansara Heights; ruang pameran, konfigurator dll

Lotus Cars Malaysia mengumumkan bahawa Lotus Store pertamanya di sini telah pun dibuka secara rasmi, terletak di Pavilion Damansara Heights. Fasiliti dengan keluasan 173.58 m² ini dibuka selepas SUV hyper EV Lotus Eletre dilancarkan di Malaysia 10 bulan lalu dan menerima sambutan menggalakkan dari pelanggan tempatan, di mana 50 unit telah diserahkan kepada pelanggan dan sejumlah 200 unit kenderaan lagi dalam proses penghantaran.

Secara spesifiknya, Lotus Store pertama ini berada di dalam pusat membeli belah Pavilion Damansara Heights di tingkat 1, Lot 1.47.02, dan ia dibuka setiap hari dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Lotus Store Pavilion Damansara Heights ini menampilkan imej korporat baharu Lotus Cars dan mempunyai ruang pameran yang mempamerkan dua model iaitu Eletre dan kereta sport terakhir Lotus yang menggunakan enjin pembakaran dalam, Lotus Emira. Bukan itu sahaja, ia juga menyediakan satu ruang khas untuk pelanggan menggunakan konfigurator Lotus bagi menghasilkan model-model Lotus dengan spesifikasi yang dimahukan oleh mereka sebelum tempahan dibuat.

Antara perincian yang boleh dipilih oleh pelanggan ketika menggunakan konfigurator tersebut termasuk bahagian luaran (trim, warna cat, pilihan rim dan tayar, angkup brek berwarna, brek seramik karbon, dan lencana); bahagian dalaman (tema, material, tali pinggang keledar, stereng dan tatahan karbon); tahap peralatan (cermin sisi, pakej Lotus Dynamic dengan kebolehan pemanduan stereng 4-roda dan bumbung kaca pintar); serta ciri-ciri keselamatan tambahan seperti pakej parkir dan pakej bantuan pemanduan.

Selain itu, pelanggan yang mengunjungi Lotus Store ini juga akan disambut dengan sebuah skrin LED beresolusi tinggi berukuran 8.4 m² di pintu masuk ruang pameran, dan ia mempunyai ruang khas untuk jualan barangan dan pakaian eksklusif dari Lotus, berserta sebuah ruang santai dan istirahat.

Lotus Store pertama di Malaysia kini dibuka di Pavilion Damansara Heights; ruang pameran, konfigurator dll

Menurut syarikat itu, pembukaan Lotus Store ini hanyalah sebagai permulaan sebelum pembukaan rasmi ruang pameran utama Lotus Cars Malaysia di Glenmarie, Shah Alam yang dijangka siap pada suku kedua 2024. Lotus juga berhasrat memperluaskan kehadiran jenamanya di wilayah Utara dan Selatan, dan akan memperkenalkan perkhidmatan penyelenggaraan mudah alih untuk menambahbaik kemudahan bagi pelanggan-pelanggannya.

“Era baharu Lotus Cars Malaysia bermula pada 2018 dengan pembukaan pusat servis dan perkhidmatan selepas jualan di Glenmarie, Shah Alam, dan apabila mengambilkira jangka masa yang telah diambil untuk pembukaan Lotus Store, ini jelas menunjukkan bahawa usaha mengembangkan dan memperkenalkan semula jenama ini dilakukan dengan teliti dan berfasa,” kata Pengurus Besar Lotus Cars Malaysia Jack Zaal.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required