Program Honda Certified Used Car (HCUC) di Malaysia diperluaskan ke 32 lokasi seluruh negara tahun ini

Program Honda Certified Used Car (HCUC) di Malaysia diperluaskan ke 32 lokasi seluruh negara tahun ini

Dalam pengumuman sasaran jualan 2024, Honda Malaysia turut mendedahkan rancangan melancarkan pelbagai aktiviti perniagaan untuk membantu momentum jualannya. Salah satunya ialah memperluaskan rangkaian Honda Certified Used Car (HCUC).

Diperkenalkan pada awal tahun 2022, Honda Malaysia merancang untuk menambah 32 hab jualannya di seluruh negara, berbanding enam cawangannya yang dibuka sejak dua tahun lalu.

Objektif program kereta terpakai tetap sama, iaitu untuk membolehkan pengguna di Malaysia membeli kenderaan pra-milik Honda yang disahkan melalui platform yang boleh diakses dan boleh dipercayai. Di bawah HCUC, pelanggan akan dapat memilih daripada pelbagai model pra-milik Honda yang berbeza, semuanya berusia kurang lima tahun, dengan jarak perbatuan odometer 100,000 km dan ke bawah.

Program Honda Certified Used Car (HCUC) di Malaysia diperluaskan ke 32 lokasi seluruh negara tahun ini

Semua kenderaan pra-milik Honda ini dilengkapi dengan alat ganti tulen dan bebas daripada kemalangan besar dan kerosakan banjir, disahkan sepenuhnya, setelah menjalani pemeriksaan 288 mata yang teliti dan ketat yang dijalankan oleh Pemeriksa Bertauliah Honda, termasuk pemeriksaan ke atas keadaan enjin dan transmisi, fungsinya dan bahagian bawah kenderaan serta bahagian luar dan dalam.

Pelanggan yang membeli kenderaan pra-milik bertauliah melalui HCUC layak mendapat jaminan lanjutan satu tahun tambahan di samping waranti sedia ada yang masih sah untuk kenderaan itu, dan akan mempunyai akses kepada perkhidmatan selepas jualan di rangkaian pengedar sah Honda di seluruh negara.

Setakat ini, rangkaian pengedaran yang menyertai program tersebut sejak ditubuhkan pada 2022 ialah MJN Motors (Selangor), Tiong Nam Motor (Selangor), Kah Motor (Pulau Pinang), Kah Motor (Johor), Yong Ming Motor (Johor) dan Chuan Thye Motor (Pahang).

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required