Hankook dipilih sebagai tayar rasmi perlumbaan S1k dan Malaysia Championship Series sehingga 2026

Hankook dipilih sebagai tayar rasmi perlumbaan S1k dan Malaysia Championship Series sehingga 2026

Litar Antarabangsa Petronas Sepang (SIC) telahpun mengumumkan kerjasama dengan Hankook sebagai tayar rasmi bagi perlumbaan Malaysia Championship Series (MCS) dan Sepang 1000km race (S1K) untuk tempoh masa tiga tahu, bermula tahun ini sehingga 2026.

“Saya gembira untuk memulakan kerjasama ini dengan Hankook. Kami telah melihat peningkatan minat dan penyertaan dalam kejohanan ini. Perkongsian ini menandakan usaha berterusan kami dalam membantu peserta meningkatkan prestasi mereka di trek perlumbaan dan ini akan membuka lebih banyak peluang kepada jenama sukan permotoran lain untuk menyertai kami. Dengan kekayaan pengalaman Hankook dalam pelbagai bentuk sukan permotoran, saya menantikan musim 2024 yang menarik,” kata Azhan Shafriman Hanif, Ketua Pegawai Eksekutif SIC.

“Kami sangat teruja untuk kembali sebagai rakan kongsi tayar rasmi kepada MCS dan S1K. Kejohanan yang menyeronokkan ini adalah perlumbaan penting dalam kalendar sukan permotoran tahunan untuk Malaysia dan seluruh rantau. Setelah bekerjasama dengan Petronas SIC dalam banyak projek selama lebih sedekad, kami telah menyaksikan banyak pencapaian oleh litar dan penganjur. Kami yakin MCS dan S1K akan terus membangun sebagai platform penting untuk industri sukan permotoran, dan positif Hankook akan menjadi tonggak penting dalam kejayaan itu,” kata Hongsik Jeon, pengarah urusan HK Motorsports.

Diiktiraf sebagai kejohanan kebangsaan yang paling berjaya untuk sukan permotoran, MCS telah menjadi platform yang berdaya maju dan mampan untuk melahirkan bakat muda dan bagi memajukan kerjaya perlumbaan mereka, kata SIC. Sementara itu, Hankook yang tidak asing lagi dalam membekalkan tayar untuk perlumbaan peringkat tertinggi, dan merupakan pembekal tayar rasmi kepada Formula E.

MCS akan kembali ke Sepang dengan perlumbaan pembukaan musim dari 3-5 Mei, diikuti Pusingan 2 pada 7-9 Jun. Siri ini bersambung semula dengan Pusingan 3 pada bulan Ogos dan penamat musim dijadualkan pada 6-8 September. Perlumbaan endurance terkenal iaitu S1K untuk tahun ini pula akan berlangsung pada 22-24 November.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required