Bangkok 2024: Xpeng G6 dibuka tempahan di Thailand – jarak EV hingga 755 km; tiba di Malaysia pada Q3

Bangkok 2024: Xpeng G6 dibuka tempahan di Thailand – jarak EV hingga 755 km; tiba di Malaysia pada Q3

Dalam penganjuran Bangkok International Motor Show (BIMS) tahun ini, Xpeng Thailand telah mula membuka pra-tempahan bagi Xpeng G6 yang bakal ditawarkan dengan dua varian. Walau bagaimana pun, harga rasminya masih belum didedahkan, namun dianggarkan antara 1.5 juta hingga 1.799 juta baht (RM195k hingga RM234k).

Dibangunkan dengan platform SEPA 2.0 rekaan Xpeng sendiri, G6 ini berukuran 4,753 mm panjang, 1,920 mm lebar, 1,650 mm tinggi dan jarak roda 2,890 mm. Ini merupakan model pertama Xpeng bagi EV pemanduan sebelah-kanan, yang bukan hanya akan dijual di Thailand sahaja, bahkan bakal memasuki pasaran Singapura dan Malaysia.

Untuk pasaran negara kita, Bermaz Auto mengesahkan bahawa ia telah pun mendapat hak pengedaran Xpeng. Apa yang pasti G6 akan menjadi model Xpeng pertama yang ditawarkan di Malaysia – Xpeng berkata penghantaran akan bermula pada suku ketiga (Q3) tahun ini.

Di Thailand, G6 ditawarkan untuk varian Standard Range dan Long Range, dengan kedua-dua varian dijanakan oleh motor belakang yang sama, mampu menghasilkan 296 PS (218 kW) dan tork 440 Nm, membolehkan G6 ini dipecut dari 0-100 km/j dalam 6.6 saat bagi Standard Range dan 5.9 saat untuk Long Range, dengan kelajuan tertinggi cecah 202 km/j.

Walau bagaimana pun, terdapat perbezaan utama daripada sudut saiz bateri. Model asas diberikan bateri lithium iron phosphate (LFP) berkapasiti 66 kWh yang memberikan jarak gerak hingga 580 km. Sementara itu, Long Range pula menerima unit nickel cobalt manganese (NCM) berkapasiti 87.5 kWh dengan jarak gerak hingga 755 km. Kedua-dua angka ini berdasarkan kitaran CLTC, jadi ia dijangka kurang jika melibatkan pemanduan harian.

Dengan binaan elektrik 800-voltan, kedua-dua model mampu menyokong penggunaan sehingga 280 kW bagi pengecas pantas DC, membolehkan G6 menambah hingga 300 km dalam hanya 10 minit pengecasan.

Kit kelengkapan standard bagi pasaran Thai termasuk pencahayaan luaran LED penuh, roda aloi 20-inci, pemegang pintu flush pop-out, tingkap tanpa bingkai, pintu port pengecasan bukaan kuasa, kluster instrumen digital 10.2-inci, skrin sesentuh infotainmen 14.96-inci, tempat duduk hadapan larasan kuasa, sistem bunyi dengan 18 pembesar suara, bantuan parkir, bumbung kaca panoramik, tailgate bukaan kuasa, bilah pengelap cermin belakang dan enam beg udara. Penderia lidar juga akan diberikan, meningkatkan keupayaan bagi pemanduan autonomous.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required