BYD tunjuk trak pikap ? lawan Toyota Hilux PHEV, enjin 1.5L turbo, 687 PS/760 Nm, jarak 1,200 km

BYD terus melebarkan penawarannya dalam segmen kenderaan EV dengan memberi tumpuan pula kepada trak pikap. Ini beberapa imej pertama trak pikap berkenaan yang telah disahkan akan memasuki pasaran global tak lama lagi.

Belum ada nama yang didedahkan, trak pikap BYD ini disasarkan untuk menyaingi model terkenal seperti Toyota Hilux, Ford Ranger dan Mitsubishi Triton. Dan, melihat kepada imej awal ini, ia kemungkinan besar menggunakan asas daripada Bao Leopard 5, trak 4×4 yang baru saja dipamerkan di Bangkok Motor Show.

Walaupun tampil dengan pelekat samaran biru dan oren, beberapa perinciannya tetap dapat dilihat dengan jelas. Misalnya rekaan lampu utama menegak (dengan dua projektor dan jalur DRL), gril besar, skid plate depan yang nampak ketara serta bahagian fender yang juga menonjol serta lampu belakang menegak.

BYD tunjuk trak pikap ? lawan Toyota Hilux PHEV, enjin 1.5L turbo, 687 PS/760 Nm, jarak 1,200 km

Di dalam, trak ini berkongsi banyak persamaan dengan Bao Leopard 5, termasuklah paparan instrumen 12.3-inci, skrin sentuh infotainmen 15.6-inci, corong pendingin di sudut yang menegak serta rekaan suis besar dan tombol gear lebar menjadi antara keunikannya. Rekaan keseluruhan papan pemuka pula nampak ada perbezaan dengan panel bentuk H yang digunakan.

Belum ada perincian teknikal yang didedahkan, namun seperti kebanyakan model BYD yang ada, ia tentulah akan melibatkan teknologi elektrifikasi yang sama dengan Bao Leopard 5. Ini terdiri daripada enjin 1.5 liter turbocas petrol dengan janaan 194 PS dan 273 Nm tork, digandingkan dengan dua motor elektrik ? satu di depan dan satu di belakang ? yang menjana 272 PS dan 360 Nm di depan, dan 387 PS dan 400 Nm di belakang. Output keseluruhannya ialah 687 PS dan 760 Nm.

BYD tunjuk trak pikap ? lawan Toyota Hilux PHEV, enjin 1.5L turbo, 687 PS/760 Nm, jarak 1,200 km

Baterinya pula menggunakan unit Blade lithium iron phosphate (LFP) 31.8 kWh: dalam Bao Leopard 5, ia menyediakan jarak perjalanan 125 km mengikut standard CLTC ? dengan enjin petrol itu, jarak keseluruhan mampu mencecah 1,200 km. Dengan kemampuan pengecasan 100 kW DC, ini membolehkan kadar kuasanya ditambah dari 30-80% dalam masa 16 minit, serta ada sekali fungsi vehicle-to-load (V2L) 6 kW.

Trak pikap BYD telah pun disahkan akan tiba ke pasaran Australia dan Afrika Selatan. Ini juga membuka kemungkinan bahawa ia akan turut dijual di pasaran Asia Tenggara seperti Thailand dan Malaysia.