Isuzu D-Max X-Terrain dengan penutup gelungsur larasan kuasa Ironguard – jumlah terhad, RM156k

Isuzu D-Max X-Terrain dengan penutup gelungsur larasan kuasa Ironguard – jumlah terhad, RM156k

Isuzu Malaysia memperkenalkan varian baru untuk trak pikap D-Max, yang datang dengan penutup gelungsur larasan kuasa Ironguard di belakang. Ia hanya dijual dalam jumlah terhad, pada harga RM155,938.40 tidak termasuk insurans, dan menjadikan ia lebih mahal RM3,000 berbanding D-Max X-Terrain 3.0L 4×4 yang digunakan sebagai asas.

Penutup bahagian kargo belakang yang menjadi keistimewaan varian ini boleh dikunci dan mempunyai ciri anti kecurian bagi menjamin keselamatannya, selain juga boleh melindungi barang-barang yang terdapat di bahagian itu daripada air dan habuk.

Untuk membuka dan menutup penutup gelungsur ini, anda boleh menggunakan sama ada anak kunci, butang pada pintu ruang barangan dan dalam kabin, atau aplikasi khas. Ciri lain yang disediakan adalah termasuk rel untuk memasang aksesori, lampu serta mekanisme anti kepit.

Selain daripada barangan Ironguard yang diberitahu tadi, bahagian lain pikap ini masih sama seperti D-Max X-Terrain biasa termasuk enjinnya, iaitu unit empat silinder 3.0 liter diesel turbo yang berkuasa 190 PS dan 450 Nm, dipadankan bersama transmisi automatik enam kelajuan serta sistem pacuan empat roda.

Antara kelengkapan lain yang disediakan pada trak ini adalah termasuk lampu utama bi-LED, DRL LED, lampu kabus depan dan belakang LED, rel bumbung, rim 18 inci dengan tayar 265/60, panel instrumen 4.2 inci, sistem tanpa kunci, pemula enjin kawalan jauh, lampu suasana, skrin sesentuh sembilan inci (dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto), tempat duduk balutan kulit serta pad pengecas tanpa wayar.

Pada bahagian keselamatan, trak ini dilengkapi tujuh beg udara, ESC, Traction Control, ABS, EBD, Hill Start Assist, Hill Descent Control, pengesan jarak depan dan belakang, kamera pandangan keliling, Autonomous Emergency Braking, Pedal Misaplication Mitigation, Adaptive Cruise Control dengan fungsi stop and go, Lane Departure Warning, Blind Spot Monitoring dan Rear Cross Traffic Alert.

Sama seperti X-Terrain biasa, sports bar dan lapik kargo disediakan sebagai pilihan tambahan, manakala warna badan pula boleh dipilih daripada tiga warna iaitu Islay Grey, Valencia Orange dan Onyx Black. Jaminan tujuh tahun tanpa had batuan diberikan bagi kenderaan, sementara untuk penutup gelungsur Ironguard itu, ia diberikan jaminan 18 bulan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required