smart #1 kini EV nombor 3 terlaris dalam kelas SUV EV Premium berharga RM180,000 ke atas di Malaysia

smart #1 kini EV nombor 3 terlaris dalam kelas SUV EV Premium berharga RM180,000 ke atas di Malaysia

smart Malaysia mengumumkan bahawa model EV pertamanya yang dijual pada pasaran tempatan iaitu smart #1 kini merupakan model nombor tiga paling laris dalam kelasnya, iaitu untuk segmen SUV EV premium yang dijual pada harga lebih dari RM180,000.

Walau bagaimanapun, jenama yang diuruskan oleh Proton New Energy Technology (Pro-Net) itu tidak menyatakan jumlah sebenar jualan model berkenaan dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan. Namun selepas ditanya oleh paultan.org, syarikat berkenaan menjelaskan bahawa dakwaan tersebut adalah berdasarkan jumlah jualan kumulatif tahunan sehingga Februari tahun ini.

“Pencapaian ini mencerminkan permintaan yang semakin meningkat untuk penyelesaian mobiliti bandar di rantau ini dan
mengesahkan semula matlamat smart untuk meletakkan dirinya sebagai peneraju dalam segmen EV premium,” kata CEO smart Malaysia, Zhang Qiang.

“Dengan hanya satu model dijual, berbanding pemain utama lain dalam industri, kami telah mencapai kejayaan ini. Ini membuktikan kepercayaan pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan kami, dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan setia kami,” tambahnya lagi.

Dalam kenyataan yang sama, smart Malaysia turut berkongsi bahawa pasaran EV Malaysia telah menyaksikan pertumbuhan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan jumlah jualan EV melonjak daripada 3,079 unit pada 2022 kepada 11,624 unit pada 2023, dan disertai dengan peningkatan ketara dalam bahagian pasaran, meningkat dari 0.43 peratus kepada
1.45 peratus.

smart telah melancarkan #1 pada November 2023 dengan pengenalan varian Premium dan Brabus, sementara varian paling asas Pro pula sudah mula dihantar kepada pelanggan bermula Mac lalu. Jadi secara keseluruhan tiga varian #1 ini ditawarkan di Malaysia denna harga atas jalan tanpa insuran bermuda RM189,000 hingga RM249,000.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required