Volkswagen Touareg R-Line 2024 sedang dipamerkan di Volkswagen Tour di 1 Utama hingga 21 April 2024

Volkswagen Touareg R-Line 2024 sedang dipamerkan di Volkswagen Tour di 1 Utama hingga 21 April 2024

Dilancarkan pada bulan lalu, Volkswagen Touareg R-Line buat pertama kalinya sedang dipertontonkan di khayalak ramai menerusi acara Volkswagen Tour yang berlangsung di pusat membeli-belah 1 Utama mulai hari ini sehingga Ahad, 21 April 2024. SUV ini dipamerkan bersama model Volkswagen yang lain termasuk Arteon R-Line 4Motion, Mk8 Golf GTI dan Tiguan Allspace.

Untuk yang mahu melihat Touareg R-Line dan model VW yang lain, anda boleh ke tingkat Lower Ground bahagian Oval Concourse bangunan baharu 1 Utama. Selain melihat barisan VW yang berada di pasaran Malaysia, anda juga boleh melihat dan membeli cenderahati jenama ini dan nikmati aiskrim secara percuma. Turut dianjurkan, pertandingan perlumbaan simulator yang menawarkan hadiah menarik untuk dimenangi.

Ditawarkan dengan varian tunggal R-Line, SUV lima-tempat duduk generasi ketiga ini adalah model pemasangan tempatan (CKD) dari Pekan, Pahang, (pertama yang diproduksi dari luar Eropah) dan berharga atas jalan RM472,272 tanpa insurans.

Volkswagen Touareg R-Line 2024 ini menerima enjin petrol TSI V6 3.0 liter dengan penegcas turbo yang menghasilkan kuasa 340 PS (335 hp atau 250 kW) dan tork maksima 450 Nm. Ia digandingkan dengan kotak gear automatik lapan-kelajuan, dan kuasa dipacukan ke kesemua roda menerusi sistem AWD 4Motion Volkswagen.

Untuk varian R-Line ini, ia menampilkan bampar hadapan dengan kemasan liang kemasukan udara dan gril berwarna hitam berkilat, kemasan-kemasan krom, logo ‘R’ pada pintu dan gril hadapan, lampu utama IQ.Light HD LED matrix dan juga rim aloi “Braga” dwi-tona rekaan lima-jejari bersaiz 20-inci dengan tayar 285/45R20.

Ia turut didatangkan dengan ciri standard iaitu sistem infotainmen Innovision Cockpit, yang merangkumi paparan instrumen digital 12.3-inci dan skrin sesentuh 15-inci dengan kawalan pendingin hawa. Ia juga diberikan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar, pad pengecas Qi tanpa wayar dan sistem bunyi Dynaudio Consequence 730-watt bersama 13-pembesar suara.

Selain itu, ia turut diberikan sistem Night Vision yang pertama kali diperkenalkan untuk pasaran tempatan. Sistem keselamatan tersebut memberikan pemandu pandangan lebih baik pada waktu malam dengan menggunakan sensor inframerah di dalam kamera. Sensor tesebut akan mengesan suhu badan manusia atau haiwan sehingga 130 meter bagi memastikan pemandu sentiasa berwaspada dengan pelanggaran yang mungkin berlaku.

Kalau anda tidak ada masa untuk berkunjung ke Volkswagen Tour minggu ini, jangan risau. Anda boleh melihat galeri foto penuh SUV ini yang kami paparkan di bawah.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required