Pemandu F1 risau dengan permukaan Litar GP China minggu ini yang hanya ‘dicat’, bukan ditar semula

Pemandu F1 risau dengan permukaan Litar GP China minggu ini yang hanya ‘dicat’, bukan ditar semula

Perlumbaan Formula 1 akan kembali semula ke Litar Antarabangsa Shanghai untuk GP China tahun ini, selepas ia ‘direhatkan’ selama lima tahun akibat pandemik Covid-19. Namun belum lagi perlumbaan bermula, rata-rata pelumba F1 yang akan bertanding hujung minggu ini menyatakan kembimbangan mereka setelah melihat permukaan jalan litar berkenaan yang hanya ‘dicat semula’, dan bukannya menerima lapisan tar baharu.

“Dengan kereta baharu, kami pun tidak tahu apa yang boleh diagak. Dari sudut litar, ia nampaknya telah dicat semula, bukannya diberikan lapisan tar baharu,” kata jura dunia tiga kali, Max Verstappen yang memandu untuk pasukan RedBull Racing dalam laporan SkySport.

“Saya tidak tahu apa kesannya kepada cengkaman trek, jadi itu adalah sesuatu yang perlu kami selesaikan. Ia sama untuk semua orang tetapi kami perlu mencapai keputusan FP1 yang baik dan diharapkan kami tidak perlu membuat talaan yang terlalu banyak terhadap kereta. Itu akan membantu kami berlumba sepanjang hujung minggu,” tambahnya lagi.

“Saya nampak litar itu dicat atau ada benda pelik yang dibuat, jadi kami perlu lihat bagaimana sifat kereta kami terhadap perkara itu, dan apa had utama pada perlumbaan tetapi atas kertas saya rasa kami sepatutnya semakin hampir dengan mereka (RedBull),” kata pemandu Ferrari, Charles LecLerc.

Dalam laporan Motorsport.com pula menyatakan bahawa ‘cat’ yang dimaksudkan itu berkemungkinan adalah rawatan permukaan bitumen yang lazimnya dibuat pada jalan-jalan raya awam di Amerika Syarikat dan Asia. Bitumen dalam bentuk cecair tersebut disapu pada permukaan litar bagi menguatkan lapisan litar sedia ada.

Kaedah ini akan membantu menyisihkan habuk, meningkatkan kebolehan kalis air dan juga mengelakkan rekahan berlaku pada permukaan litar, kata portal itu lagi. Namun proses tersebut mungkin akan menyebabkan kadar cengkaman pada permukaan litar adalah berbeza-beza pada bahagian-bahagian tertentu.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required