Litar Pasir Gudang ‘diselamatkan’ dari jadi projek perumahan; Petronas tak terlibat – T. Panglima Johor

Litar Pasir Gudang ‘diselamatkan’ dari jadi projek perumahan; Petronas tak terlibat – T. Panglima Johor

Tunku Panglima Johor (TPJ) Yang Mulia Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim merungkaikan pelbagai persoalan wartawan berkenaan pembukaan semula Litar Pasir Gudang (juga dikenali sebagai Johor Circuit) dalam sesi temuramah bersama media ketika berlangsungnya perlumbaan pusingan pertama GT World Challenge Asia di Litar Antarabangsa Sepang hujung minggu lalu.

Menurut TPJ dalam laporan Scoopdotmy, litar berkenaan sebenarnya diambil alih oleh pihaknya pada 2015 apabila ada rancangan untuk membangunkan kawasan perumahan di atas tapak litar tersebut. Beliau turut menjelaskan bahawa rancangan untuk membina semula litar berkenaan sudahpun dirancang sejak dari peringkat awal pengambilalihannya, dań menafikan bahawa adanya penglibatan pihak ketiga iaitu Petronas untuk pembangunan litar tersebut setakat ini.

Tunku Abdul Rahman menegaskan bahawa beliau bersama abangnya iaitu Yang Amat Mulia Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman ibni Sultan Ibrahim Tunku Temenggong Johor (TTJ) tidak mendedahkan rancangan tersebut kepada umum kerana tidak mahu ia menjadi sesuatu yang overhype.

Beliau turut menambah bahawa rancangan untuk membina dan membuka semula litar berkenaan memakan masa yang agak lama kerana pelbagai faktor, antaranya bagi memastikan ia mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) tanpa mengubah terlalu banyak bentangan asal litar berkenaan dan juga pandemik Covid-19 yang melanda dunia.

Litar Pasir Gudang ‘diselamatkan’ dari jadi projek perumahan; Petronas tak terlibat – T. Panglima Johor

Pelan baharu Johor Circuit yang dikongsikan oleh Tunku Temenggong Johor sebelum ini

Dalam laporan itu beliau juga menyatakan bahawa litar berkenaan terpaksa ditutup buat sementara waktu dan pembangunan semula perlu dibuat kerana jika ada insiden yang berlaku disitu tanpa lesen dari FIA, agak sugar bagi pihaknya untuk mengadakan perlumbaan-perlumbaan seterusnya.

Mengulas lanjut, TPJ juga menyatakan selepas litar itu siap nanti, ia bakal menjadi pangkalan utama untuk JMR beroperasi.

“Itu rancangannya, saya rasa di Sepang ini juga ada beberapa pasukan yang berpusat di sini sebaagi salah satu perniagaan litar. Mungkin akan ada pasukan-pasukan lain yang akan berpusat di Pasir Gudang tetapi kami akan mengutamakan pasukan kami,” jelasnnya.

Litar Pasir Gudang ‘diselamatkan’ dari jadi projek perumahan; Petronas tak terlibat – T. Panglima Johor

Selain itu, Tunku Abdul Rahman turut menyatakan Litar Pasir Gudang ini akan dibuka semula sebagai sebuah litar bertaraf antarabangsa, dan ia akan turut akan menumpukan terhadap pembangunan sukan permotoran diperingkat akar umbi. Walau bagaimanapun, Fasa pertama pembangunan semula litar ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya dalam masa dua hingga tiga tahun, dan segala perincian yang lebih teliti akan diumumkan oleh pihaknya menerusi kenyataan rasmi yang dijangka akan dikeluarkan pada bulan hadapan.

Baru-baru ini Tunku Temenggong Johor ada mendedahkan pelan baharu untuk Litar Pasir Gudang berkenaan di laman Instagram rasminya, yang menunjukkan ada beberapa pembaharuan bakal dibuat pada litar itu. Antara yang paling ketara adalah pada dua selekoh terakhir iaitu pada selekoh 11 dan 12, di mana perubahan tersebut membolehkan laluan lurus utama kini menjadi lebih panjang.

Perubahan tersebut turut melibatkan perubahan laluan masuk ke hentian pit yang dialihkan dari hadapan selekoh 11 ke permulaan laluan lurus utama.

Litar Pasir Gudang ‘diselamatkan’ dari jadi projek perumahan; Petronas tak terlibat – T. Panglima Johor

Satu lagi perubahan yang menarik perhatian adalah satu selekoh ke kanan baharu yang dibuat pada hujung laluan lurus kedua sebelum tiba di selekoh 2. Selekoh baharu tersebut berhubung terus dengan selekoh 10, membolehkan litar ini disediakan dalam satu lagi konfigurasi lebih pendek dengan hanya empat selekoh.

Kewujudan selekoh baharu itu juga memungkinkan lokasi acara drag yang sebelum ini dibuat di laluan lurus utama, dipindahkan ke laluan lurus kedua tersebut yang lebih panjang (juga perhatikan kawasan yang ditandakan dengan empat segi berwarna merah di laluan lurus kedua tersebut yang mungkin sememangnya akan digunakan sebagai drag strip).

Litar Pasir Gudang merupakan litar ikonik yang pernah melahirkan ramai pelumba antarabangsa di kalangan anak jati Johor, dibuka secara rasmi pada 1986. Ia juga pernah menganjurkan perlumbaan yang menarik penyertaan pelumba luar seperti Johor Race Series, Asia Festival of Speed (AFOS) serta pernah menjadi menganjurkan Grand Prix Motosikal Dunia pada tahun 1998.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

 

Add a comment

required

required