Beijing 2024: Honda Ye EV ditunjuk — P7 dan S7 akan tiba hujung 2024, GT Concept diproduksi pada 2025

Beijing 2024: Honda Ye EV ditunjuk — P7 dan S7 akan tiba hujung 2024, GT Concept diproduksi pada 2025

Beijing Motor Show 2024 turut menyaksikan Honda memperkenalkan tiga EV dari barisan model Ye keluarannya untuk pasaran China. Satu daripadanya ialah Honda Ye P7, sebuah SUV yang akan diperkenalkan pada penghujung 2024, dengan jualan dan pengeluarannya dilakukan oleh syarikat usaha sama GAC Honda. Ini diikuti juga oleh model Honda Ye S7, sebuah SUV yang akan dipasaran oleh Dongfeng Honda tahun ini.

Kedua-dua model ini dibangun menggunakan platform Architecture W dan akan ditawarkan dengan motor tunggal pacuan belakang atau dua motor untuk pacuan semua roda. Tetapan suspensinya pula menggunakan jenis double-wishbone di depan, dan jenis five-link di belakang.

P7 dan S7 dijangka akan mengikut jejak model Honda yang lain — mekanikalnya hampir sama, tetapi rekaannya berbeza. Antara rekaan yang dikongsi seperti cermin depan luas, cermin belakang melengkung, tiang D besar, pemegang pintu tersorok serta logo di cermin sisi.

P7 berbeza dengan S7 dari sudut rekaan depan dan belakang: P7 dengan lampu LED dengan DRL bentuk C, sementara S7 dengan DRL bentuk Y. Lampu belakang P7 pula mengikut bentuk sama seperti lampu depan, sementara S7 dengan rekaan lampu belakang bentuk H.

Model ketiga bagi barisan model Ye ini pula ditunjuk dalam pameran berkenaan sebagai GT Concept. Ia menjadi petunjuk kepada model yang akan dikeluarkan pada tahun 2025 nanti. Kereta sporty dengan empat pintu ini memiliki penamppilan yang menawan, dengan DRL bentuk X. Di belakang, rekaan lampunya sangat nipis, dan diperlengkap imejnya dengan rim 22-inci.

Honda Ye P7 2024

Honda Ye S7 2024

Honda Ye GT Concept 2024

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required