EVx 2024: Beli Mercedes-Benz EQS500, dapat wallbox percuma atau kredit pengecasan tanpa had 18 bulan

EVx 2024: Beli Mercedes-Benz EQS500, dapat wallbox percuma atau kredit pengecasan tanpa had 18 bulan

Ekspo Kenderaan Elektrik (EVx) anjuran paultan.org akan berlangsung hujung minggu ini, 20-21 Julai 2024 (9 pagi-7 malam setiap hari) bertempat di Pusat Persidangan Setia City (SCCC). Di taja bersama oleh Carro, Gentari, RHB dan JuiceUp, EVx 2024 bakal menghimpunkan pelbagai aspek berkaitan teknologi kenderaan elektrik daripada pelbagai jenama di bawah satu bumbung.

Mercedes-Benz juga akan membawakan barisan EV keluarannya untuk dipamerkan di acara ini, antaranya ialah EQS500. Beli model berkenaan di EVx 2024 hujung minggu ini dan anda boleh memilih untuk menerima pengecas wallbox di rumah secara percuma atau kredit pengecasan tanpa had selama 18 bulan oleh Gentari.

Setiap pembelian EQS 500 di EVx 2024 ini juga datang dengan Agility Plus, yang merangkumi sehingga 12 bulan ansuran, tanpa sebarang caj; insurans kenderaan bernilai sehingga RM6,388; empat pakej servis percuma; MobilityPlus, program jaminan kereta gantian sekiranya Mercedes-Benz anda perlu diperbaiki; dan ICE on Demand, sebuah kemudahan jangka pendek untuk menggunakan kereta enjin biasa Mercedes-Benz sekiranya diinginkan.

Promosi ini hanya sah sehingga 31 Julai 2024 (tertakluk kepada terma dan syarat). Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mempertimbangkan pemilikan EV dengan model Mercedes-Benz EQS 500 ini, yang mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 4.8 saat dan dipacu oleh dua motor AWD dengan janaan 449 PS/828 Nm.

EVx 2024: Beli Mercedes-Benz EQS500, dapat wallbox percuma atau kredit pengecasan tanpa had 18 bulan

Selain Mercedes-Benz, antara jenama yang akan ikut serta dalam EVx 2024 ialah Hyundai, BMW, MINI, smart, BYD, Chery, Kia, Lotus Cars dan MG. Pakar penyelesaian pengecasan Kineta serta pakar lapik kaki kenderaan Trapo juga akan ikut serta.

Tempah kereta baru anda di EVx dan nikmati baucar bernilai RM1,500 — baucar RM500 filem penapis haba daripada V-Kool, RM500 lagi daripada DodoMat dan RM500 yang terakhir untuk kerusi kulit kustom DK Schweizer. Semua baucar ini hanya akan diberikan di EVx pada 20-21 Julai ini dan terhad kepada 100 tempahan kereta baru terawal sahaja. Jadi, kena cepat!

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan pengecasan dan infrastrukturnya, EVx adalah tempat yang betul untuk mendapatkan jawapannya kerana ia akan turut disertai oleh pengendali kemudahan pengecasan serta agensi berkaitan yang lain. EVx juga ingin mendidik dan menyediakan platform bagi semua topik berkenaan, dan sekiranya anda sedang mempertimbangkan untuk beralih kepada EV, ini adalah sebuah acara yang tidak boleh dilepaskan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required