Aaron Chia, Soh Wooi Yik menang gangsa dalam Olimpik Paris 2024 – bakal dihadiahi Chery Tiggo 7 Pro

Aaron Chia, Soh Wooi Yik menang gangsa dalam Olimpik Paris 2024 – bakal dihadiahi Chery Tiggo 7 Pro

Perjuangan pasangan beregu negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik di dalam sukan Olimpik Paris 2024 berakhir malam tadi setelah berjaya membawa pulang gangsa yang merupakan pingat pertama untuk Malaysia. Pertempuran di dalam gelanggang badminton di Arena Porte De La Chapelle memberikan aksi yang penuh mendebarkan.

Pemain badminton kebanggaan kita ini berjaya tewaskan beregu Denmark, Kim Astrup-Anders Rasmussen dengan peroleh mata 16-21, 22-20, 21-19. Malahan mereka berdua ini juga berjaya mempertahankan pingat gangsa yang dimenangi sewaktu Olimpik Tokyo 2020.

Selain bakal menerima hadiah RM100,000 seperti yang dijanjikan oleh Majlis Sukan Negara bagi atlet Malaysia yang berjaya membawa pulang pingat gangsa sukan Olimpik Paris 2024 menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM), Aaron Chia dan Soh juga bakal menerima Chery Tiggo 7 Pro bernilai RM123,800. Malah menerusi hantarannya di Facebook rasminya, Chery Malaysia juga sudah mengesahkan kedua-dua pemain badminton berkenaan bakal menerima seunit Tiggo 7 Pro setiap seorang.

Manakala untuk atlet yang berjaya memperoleh pingat perak pula, dijanjikan SUV elektrik Omoda E5 dan Tiggo 8 Pro untuk pemenang pingat emas. Chery telah menyuarakan sokongannya ini dalam satu majlis pada Jun lalu.

“Kami tahu mereka telah bekerja keras dan berlatih berjam-jam lamanya untuk menghadapi cabaran ini. Kami letakkan harapan yang tinggi bahawa Malaysia mampu meraih pingat emas yang telah lama diidamkan,” kata Leo Chen selaku Presiden Chery Auto Malaysia dalam majlis tersebut.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Abdul Rashid Yaakub pula berkata, “Kami sememangnya sangat gembira dengan sokongan padu yang diberikan oleh Chery Malaysia ini untuk memberikan ganjaran buat atlet Malaysia yang memberikan aksi terbaik dalam Sukan Olimpik di Paris tidak lama lagi. Kami berharap ia juga dapat menggalakkan para atlet agar memberikan yang terbaik dan membanggakan negara.”

Adakah Lee Zii Jia juga bakal menerima Tiggo 7 Pro, dan mungkin jugakah ‘Pocket Rocketman’ Datuk Azizulhasni Awang bakal menjadi atlet pertama Malaysia yang membawa pulang pingat emas? Debaran itu masih belum reda dan moga ada sinar kejayaan yang penuh membanggakan dari atlet kita.

GALERI: Chery Tiggo 7 Pro

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required