Ubah suai kenderaan adalah seperti satu pernyataan, mahu menjadikan ia unik mengikut diri sendiri dan berbeza berbanding kenderaan orang lain. Anda juga boleh melakukannya dengan aksesori rasmi, seperti yang ditawarkan oleh Volvo Car Malaysia melalui pakej ‘Made For You’, yang ditawarkan untuk model Volvo C40 Recharge Pure Electric dan XC40 Recharge Pure Electric.
Pakej ini terdiri daripada barangan yang telah dipilih secara teliti untuk meningkatkan SUV EV ini pada aspek rupa dan juga fungsi, dengan termasuk pemijak tepi, kit penutup hab rim, rim 20 inci berserta tayar, scuff plate belakang berlampu serta cermin pandang belakang digital – kos pemasangan sudah dikira sekali. Asalnya, harga kesemua barangan ini adalah RM43,000, tetapi sekarang ia ditawarkan secara percuma untuk kedua-dua model.
Unit berwarna putih yang anda boleh lihat dalam galeri gambar ini menunjukkan bagaimana rupanya apabila sudah dipasang dengan aksesori tersebut. Tapi, kalau nak lebih puas, anda boleh pergi terus ke Sentul Depot hujung minggu 9-11 Ogos ini untuk pameran ‘A Volvo Made for You’ dan lihatnya sendiri di depan mata.
Sewaktu di pameran itu juga anda boleh mendapatkan pelbagai lagi tawaran menarik untuk C40 dan XC40 Recharge Pure Electric, seperti tawaran tambahan di samping tawaran rebat sedia ada sebanyak RM25,000 atau pakej aksesori Volvo ‘Made for You’ berharga RM43,000. Tawaran sama turut disediakan melalui pengedar Volvo di luar Lembah Klang, tetapi hanya untuk hujung minggu ini sahaja.
Selain C40 dan XC40 Recharge Pure Electric yang sudah dipasang dengan aksesori ini, akan terdapat juga tiga lagi kenderaan yang dibalut dengan pelekat khas di acara itu. Yang pertama dipanggil ‘All-Black’, membawa penampilan serba gelap dengan badannya dibalut sepenuhnya dengan pelekat warna hitam matte, sementara rim dan kemasan lain turut dihitamkan.
Satu lagi menggunakan tema ‘Trendsetter’, dengan mendapat inspirasi daripada personaliti penuh gaya yang tidak takut untuk tampil berbeza. Volvo C40 Recharge Pure Electric yang digunakan mendapat warna Yacht Blue dan kemudiannya digandingkan dengan satu lagi Volvo XC40 Recharge Pure Electric dengan hasil seni yang memberi rasa friluftsliv yang membawa maksud ‘hidup dengan ruang terbuka’ dalam bahasa Sweden.
Turut akan dibawa ke acara tersebut adalah model plug-in hybrid (PHEV), termasuk Volvo XC90, XC60, S60, S90 dan V60 Recharge, serta juga kenderaan terpakai daripada Volvo SELEKT.


Volvo XC40
dari RM 268,888
Volvo ES90
dari RM 339,888
Volvo XC60
dari RM 333,888
Volvo XC90
dari RM 418,888
Volvo EX90
dari RM 442,888
Volvo EX30
dari RM 208,888
Volvo EC40
dari RM 248,888
Volvo XC40 Recharge Electric
dari RM 278,888
Volvo V60
dari RM 321,888