Volvo EX30 2024 bakal dilancar di Malaysia tak lama lagi; SUV EV kompak 428 PS, laman ROI sudah dibuka

Volvo EX30 2024 bakal dilancar di Malaysia tak lama lagi; SUV EV kompak 428 PS, laman ROI sudah dibuka

Selepas ia dilihat dibawa oleh trak pengangkut bulan lalu, hari ini Volvo Cars Malaysia (VCM) secara rasmi memberitahu bahawa SUV EV kompak terbaharu dari jenama Sweden itu iaitu EX30 bakal dilancarkan pada pasaran tempatan tidak lama lagi. Serentak dengan itu, VCM turut menyediakan satu laman mikro khas di laman sesawang rasminya bagi membolehkan pelanggan yang berminat dengan EX30 ini untuk mendaftarkan minat (ROI) di situ.

Volvo EX30 ini merupakan SUV EV paling kecil ditawarkan oleh Volvo, didedahkan pada peringkat global Jun tahun lalu, dan pada separuh pertama tahun ini sahaja sebanyak 48,000 unit EX30 telah terjual di seluruh dunia. Model ini dijangka akan terus diperkenalkan dalam versi pemasangan tempatan (CKD) di Malaysia, di mana unit-unit yang dilihat dibawa oleh lori pengangkut tempoh hari berkemungkinan merupakan unit-unit yang bakal dieksport keluar menerusi Pelabuhan Klang selepas ia disiapkan oleh kilang Volvo di Shah Alam.

EX30 ini sudahpun dilancarkan di Thailand pada September tahun lalu, ditawarkan dalam tiga varian. Dua varian paling rendah iaitu Core Single Motor Extended Range dan Ultra Single Motor Extended Range digerakkan hanya dengan sebuah motor elektrik berkuasa 272 PS/343 Nm yang hanya memacu roda belakang.

Volvo EX30 2024 bakal dilancar di Malaysia tak lama lagi; SUV EV kompak 428 PS, laman ROI sudah dibuka

Manakala varian tertinggi Ultra Twin Motor Performance pula diberikan dua motor elektrik masing-masing memacu gandar hadapan dan belakang, memberikan kebolehan sistem pacuan roda pada SUV ini dengan kuasa keseluruhan 428 PS dan tork maksima 543 Nm.

Namun ketiga-tiga varian berkenaan menampilkan bateri nikel mangan kobalt (NMC) berkapasiti 69 kWj. Ini membolehkan model dengan motor tunggal bergerak sejauh 480 km dalam kitaran ujian WLTP, manakala model dengan dua motor yang lebih pantas pula boleh bergerak sejauh 460 km dengan satu cas penuh bateri.

Bateri berkenaan mampu menerima pengecas AC dengan input maksima 11 kW bagi membolehkan kuasa dipenuhkan dalam masa 7.5 jam. Manakala dengan pengecas pantas DC yang mampu menangani sehingga 153 kW pula membolehkan jumlah cas dipenuhkan dari 10-80% hanya dalam masa 26.5 minit.

Volvo EX30 2024 bakal dilancar di Malaysia tak lama lagi; SUV EV kompak 428 PS, laman ROI sudah dibuka

Model ini juga telah dilancarkan di Indonesia, tetapi ia hanya ditawarkan dalam versi motor tunggal pacuan belakang sahaja, namun hadir dengan dua jenis bateri berbeza. Varian asas yang digelar Plus di sana menawarkan bateri lithium logam fosfat (LFP) berkapasiti 51 kWj untuk jarak gerak 344 km. Manakala varian paling tinggi yang digelar Ultra Extended Range pula diberikan bateri NMC 69 kWj untuk jarak gerak sejauh 479 km.

Masih belum ada bayangan spesifikasi EX30 yang ditawarkan di Malaysia kelak. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh VCM hari ini, hanya beberapa perincian yang disebut membayangkan ia akan diberikan pada model pasaran Malaysia nanti seperti sistem bantuan parkir baharu, antara muka sistem infotainmen yang intuitif dengan Google Built-in, sistem Pilot Assist yang dinaik taraf dan kesedaran sekeliling 360° yang lebih selamat dan dibantu oleh kamera, sensor dan radar.

GALERI:Volvo EX30 di GIIAS 2024

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required