Tiga kenderaan memotong di garisan berkembar hampir sebabkan kemalangan – IPD Penampang

Tiga kenderaan memotong di garisan berkembar hampir sebabkan kemalangan – IPD Penampang

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton mengesahkan tiga pemandu yang dikesan memandu secara berbahaya sehingga nyaris menyebabkan kemalangan di Jalan Penampang – Tambunan, Sabah telah hadir menyerah diri.

Menurut beliau, ketiga-tiga pemandu berkenaan tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang selepas berjaya dikesan polis berdasarkan video yang tular di laman sosial media.

Sebelum itu, katanya, pihaknya mengesan sebuah rakaman video berdurasi 27 saat mengenai satu insiden pemanduan berbahaya di jalan berkenaan yang tular di media sosial. Insiden tersebut dipercayai berlaku jam 1.41 petang pada 16 Mac lalu, di mana ketiga-tiga kenderaan memotong sebuah lori di satu selekoh garisan berkembar hingga menyebabkan kenderaan lain dari arah bertentangan terpaksa berhenti bagi mengelak berlakunya kemalangan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan penjara tidak lebih lima tahun dan denda hingga RM15,000, jika didapati bersalah. Polis meminta saksi kejadian untuk tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan dan berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Inspektor Amrin Mohhamad Arif di talian 017-6638278,” katanya.

Melihat rakaman video yang tular itu, ternyata tindakan ketiga-tiga pemandu berkenaan boleh mengundang kecelakaan jalan raya. Memotong di garisan berkembar di laluan berselekoh umpama mementingkan diri sendiri dan sanggup berhadapan dengan risiko dengan mengabaikan keselamatan sekeliling. Kami di paultan.org menggesa anda semua agar lebih berhati-hati dalam pemanduan dan jangan mengabaikan aspek keselamatan diri sendiri serta orang lain. Tolong amalkan pemanduan selamat dan moga kita selamat sampai ke destinasi yang ditujui.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required