China memperketatkan peraturan untuk bateri kenderaan elektrik bagi kurangkan risiko kebakaran

China memperketatkan peraturan untuk bateri kenderaan elektrik bagi kurangkan risiko kebakaran

China akan memperketatkan peraturan untuk bateri kenderaan elektrik (EV) dengan satu set standard teknikal baharu yang diperkenalkan bertujuan mengurangkan risiko kebakaran atau letupan, laporan Car News China.

Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China (MIIT) mengumumkan piawaian keselamatan negara mandatori, dinamakan Keperluan Keselamatan GB38031-2025 untuk Bateri Kuasa Kenderaan Elektrik yang akan berkuat kuasa pada 1 Julai 2026.

Peraturan baharu itu menetapkan ujian mandatori yang lebih ketat, termasuk keperluan agar pengeluar memastikan bateri tidak terbakar atau meletup dalam tempoh masa tertentu semasa ujian, sekali gus mengurangkan risiko kepada pemandu, penumpang dan harta di sekeliling akibat fenomena ‘thermal runaway’ yang menjadi punca paling lazim kebakaran bateri.

Peraturan baharu itu menetapkan ujian mandatori yang lebih ketat, termasuk keperluan agar pengeluar memastikan bateri tidak terbakar atau meletup dalam tempoh masa tertentu semasa ujian, sekali gus mengurangkan risiko kepada pemandu, penumpang dan harta di sekeliling akibat fenomena ‘thermal runaway’ iaitu punca paling lazim kebakaran bateri.

China memperketatkan peraturan untuk bateri kenderaan elektrik bagi kurangkan risiko kebakaran

Standard berkenaan dilaporkan telah diluluskan oleh pihak berkuasa pada Mac lalu namun hanya diumumkan secara terbuka pada minggu ini. Ia menggantikan versi sebelumnya yang diperkenalkan pada 2020 yang hanya mensyaratkan amaran lima minit sekiranya bateri EV berisiko terbakar.

Selain itu, peraturan baharu ini turut memperkenalkan ujian tambahan membabitkan kesan pelanggaran dan ketahanan terhadap pengecasan pantas.

Siaran China Central Television (CCTV) pada Jun 2024 melaporkan bahawa risiko kebakaran bagi EV dan kenderaan hibrid adalah lebih rendah berbanding kenderaan petrol, walaupun insiden kebakaran melibatkan NEV sering tular di media sosial tanpa pengesahan rasmi.

Satu kemalangan maut pada Mac lalu yang melibatkan SUV keluaran Xiaomi yang terbakar selepas melanggar tiang jalan pada kelajuan 97 km/j dengan sistem bantuan pemanduan pintar diaktifkan sekaligus mencetuskan perdebatan meluas berhubung aspek keselamatan EV di negara itu.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Sell your car, get paid in 24 hours

Renew your car insurance with us, 10% discount!

Use the promo code 'PAULTAN' when you checkout for 10% discount!

Renew Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required