KTMB terima 2 set tren ETS baharu bernilai RM400j – kini dalam peringkat pengujian, beroperasi tahun 2026

KTMB terima 2 set tren ETS baharu bernilai RM400j – kini dalam peringkat pengujian, beroperasi tahun 2026

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah menerima dua set tren elektrik (ETS) baharu daripada pembekal yang bernilai RM400 juta yang kini masih di peringkat pengujian dan pentauliahan, laporan Bernama.

Menurut Pengurus Besar Perkhidmatan ETS & Antarabandar Nurul Azha Mokmin, kedua-dua tren berkenaan dijadual digunakan untuk operasi secara berperingkat menjelang tahun depan. Di mana penambahan tren itu dilakukan bagi meningkatkan kualiti dan kapasiti perkhidmatan ETS yang kini menerima permintaan tinggi daripada pengguna.

“Setiap tahun penumpang ETS bertambah 10%. Jadi, kita lihat perkhidmatan itu memberi kepuasan kepada penumpang dan dengan siapnya perkhidmatan laluan Gemas (Negeri Sembilan) ke Johor Bahru (Johor), KTMB akan tambah perkhidmatan tren ETS di beberapa laluan baharu.

“Kita dah beli 10 set ETS yang kita jangkakan perkhidmatan dari Gemas ke Johor Bahru yang akan bermula pada tahun depan dan seterusnya laluan baharu iaitu Johor Bahru ke Butterworth dan Padang Besar (Perlis),” katanya.

KTMB terima 2 set tren ETS baharu bernilai RM400j – kini dalam peringkat pengujian, beroperasi tahun 2026

Pada akhir April lalu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, tren ETS3 baharu jenis Electric Multiple Unit (EMU) ini dijangka akan digunakan bagi laluan selatan iaitu ke Johor Baharu Sentral, kini sedang menjalani ujian teknikal, dan sekiranya semuanya berjalan lancar, ia akan mula beroperasi pada Ogos ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

“Selain dua set pertama ini, ada baki lapan set tren yang sedang dipasang secara berperingkat di kilang pemasangan China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) di Batu Gajah, Perak.

“Kesemua 10 set ini dijangka akan siap dan beroperasi sepenuhnya menjelang awal tahun hadapan,” katanya sambil menambah lebih 85% daripada tenaga kerja di kilang pemasangan CRRC itu adalah warga Malaysia, sekaligus mencerminkan potensi besar dalam pemindahan pengetahuan dan kepakaran kepada bakat tempatan.

Buat masa ini, ETS menggunakan set kereta api Kelas 91 (gen pertama, Hyundai Rotem-Mitsubishi Electric) dan Kelas 93 (gen kedua, CRRC Zhuzhou). Dan menurut Railway Gazette International, kereta api generasi ketiga akan diberi digelar Kelas 94.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Sell your car, get paid in 24 hours

Renew your car insurance with us, 10% discount!

Use the promo code 'PAULTAN' when you checkout for 10% discount!

Renew Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required