
UMW Toyota Motor (UMWT) mengumumkan telah menjual sebanyak 7,773 unit pada Jun 2025, dengan jumlah keseluruhan setakat ini (YTD) bagi separuh pertama tahun ini adalah mencecah 44,286 unit.
Walaupun tiada angka jualan dinyatakan sebelum ini untuk bulan Mei, dengan menolak jumlah jualan bulan Jun dan jumlah YTD yang direkodkan pada bulan April iaitu 27,876 unit daripada angka YTD semasa, ini menunjukkan bahawa sebanyak 8,637 unit telah didaftarkan oleh UMWT pada Mei.
Selain itu, angka bagi bulan Jun menunjukkan peningkatan sebanyak 2.28% (atau 173 unit) berbanding tempoh yang sama pada tahun 2024, apabila syarikat itu mencatatkan jualan sebanyak 7,600 unit. Namun begitu, jumlah keseluruhan bagi separuh pertama tahun 2025 mencatatkan penurunan sebanyak 5.77% (atau 2,714 unit) berbanding 47,000 unit yang direkodkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2024.
Mungkin anda akan perasan bahawa angka yang dilaporkan ini sedikit berbeza daripada 9,946 unit yang direkodkan bagi jenama tersebut pada bulan Jun berdasarkan data pendaftaran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), tetapi data itu juga mengambil kira kenderaan terpakai import semula (reconditioned), di mana MPV Alphard menyumbang sebahagian besar daripada jumlah keseluruhan tersebut.

Toyota Yaris Cross
dari RM 99,900
Toyota Hilux
dari RM 226,300
Toyota Urban Cruiser
dari RM 198,000
Toyota bZ4X
dari RM 220,000
Toyota GR Yaris
dari RM 315,600
Toyota GR Corolla
dari RM 368,950
Toyota Camry
dari RM 221,800
Toyota Corolla Cross
dari RM 133,800
Toyota Hiace
dari RM 169,000