Selain dari memperkenalkan warna baharu untuk Perodua Myvi, Perodua turut memperkenalkan barisan alat ganti servis alternatif dikenali sebagai ProGanti untuk menggalakkan pengguna menggunakan alat ganti berkualiti dan tahan lama serta dijual pada yang lebih mampu milik.
Untuk peringkat permulaan, ProGanti akan mengeluarkan enam alat ganti yang paling biasa ditukar. Alat-alat ganti tersebut diuji dan diedarkan sendiri oleh pihak Perodua dan datang dengan waranti selama enam bulan. Sejumlah 30 jenis alat ganti lagi akan ditambah di bawah jenama tersebut menjelang hujung tahun ini.
Pelanggan yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut atau mahu menservis kenderaan mereka menggunakan alat ganti di bawah label baharu ini bolehlah mengunjungi terus mana-mana pusat servis sah Perodua yang terdekat.



Perodua Traz
dari RM76,100
Perodua QV-E
dari RM80,000
Perodua Axia
dari RM38,600
Perodua Alza
dari RM62,500
Perodua Myvi
dari RM46,500
Perodua Ativa
dari RM62,500
Perodua Bezza
dari RM34,580
Perodua Aruz
dari RM72,900