Perodua sekarang ini sedang menwarkan harga istimewa aksesori GearUp mereka untuk Myvi dan Axia sempena menyambut ulangtahun GearUp. Promosi yang bermula pada 25 April hingga 31 Julai ini menawarkan penjimatan kepada pemilik sehingga RM600 jika memilih pakej lengkap GearUp Myvi dan penjimatan sehingga RM400 jika memilih pakej lengkap GearUp Axia.
Dua pakej GearUp disediakan untuk varian Myvi standard dan Myvi SE. Pakej kit badan untuk kedua-dua varian menawarkan penjimatan sehingga RM550, manakala Pakej A (untuk standard) dan Pakej C (untuk SE) yang lebih lengkap menawarkan penjimatan sehingga RM600.
Tiga pakej disediakan untuk varian Axia Standard. Pakej kit badan dan Pakej A yang lebih lengkap menawarkan penjimatan sehingga RM400. Manakala Pakej B yang ditambah dengan spoiler belakang dengan reflektor pada pakej kit badan memberikan penjimatan sehingga RM250. Untuk varian Axia SE pula, kedua-dua pakej turut menawarkan penjimatan sehingga RM400.
Kesemua harga yang dinyatakan adalah sah untuk Malaysia Barat sahaja dan termasuk kos upah serta GST. Pakej GearUp asli datang dengan enam bulan waranti. Untuk senarai harga lengkap pakej Gear Up untuk Malaysia Timur, sila rujuk pada imej yang telah disediakan.


Perodua Traz
dari RM76,100
Perodua QV-E
dari RM80,000
Perodua Axia
dari RM38,600
Perodua Alza
dari RM62,500
Perodua Myvi
dari RM46,500
Perodua Ativa
dari RM62,500
Perodua Bezza
dari RM34,580
Perodua Aruz
dari RM72,900