Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd (MBM) dengan kerjasama pengedar sah Hap Seng Star (HSS) telah melancarkan Mercedes-Benz Hap Seng Star Iskandar Autohaus (HSS Iskandar). Dengan pelaburan berjumlah RM5 juta, HSS Iskandar ini sedia berkhidmat untuk para pelanggan di daerah selatan itu, terutamanya di Iskandar Malaysia.
“HSS Iskandar merupakan bukti terhadap jalinan kesepakatan serta komitmen di antara MBM dan HSS untuk memberikan pengalaman terbaik buat para pelanggannya di seluruh Malaysia. Sebagai rangkaian pengedaran automotif premium terbesar, kami kekal dengan objektif teras termasuk memberikan perkhidmatan terbaik dan paling penting perkhidmatan selepas jualan yang efisien kepada para pelanggan,” ujar Presiden dan CEO MBM Dr Claus Weidner.
HSS Iskandar mampu mempamerkan tujuh kenderaan dalam satu masa, turut dilengkapi dengan fasiliti sebagai pusat 3S serta mempunyai lapan petak penyelenggaraan yang mampu menyelengara 528 buah kenderaan dalam sebulan. Malah HSS Iskandar turut menawarkan perkhidmatan Pintu-ke-Pintu iaitu mengambil kenderaan di lokasi yang ditetapkan oleh pelanggan, dan ‘Drop & Go’ bagi pelanggan yang meninggalkan kereta mereta di luar waktu perniagaan.
Bilik pameran dan jualan ini terletak di Jalan Bestari 8/2, Taman Nusa Bestari, sementara pusat servis pula berada dalam lingkungan 15 minit pemanduan iaitu di Jalan SILC 1/4, Taman Perindustrian SILC.
Hingga kini, Hap Seng Star telah melabur lebih RM248 juta bagi sembilan lokasi di seluruh negara, iaitu di Jalan Sultan Ismail, Kinrara (Puchong), Jalan Ipoh, Balakong, Bukit Tinggi, dan terkini di Iskandar Johor. Manakala bagi Timur Malaysia, Hap Seng Star berada di Kuching, Miri dan Kota Kinabalu.


Mercedes-Benz AMG CLE
dari RM722,888
Mercedes-Benz EQV
dari RM450,350
Mercedes-Benz G-Class
dari RM958,888
Mercedes-Benz AMG GT
dari RM1,882,888
Mercedes-Benz Maybach EQS SUV
dari RM1,088,888
Mercedes-Benz AMG G-Class
dari RM1,948,888
Mercedes-Benz AMG GLC Coupe
dari RM498,888
Mercedes-Benz AMG GLE
dari RM1,191,888
Mercedes-Benz E-Class
dari RM355,888