PROLINTAS tawar diskaun tol 10% buat pengguna AKLEH, GCE, LKSA dan SILK sempena Deepavali

Sempena perayaan Deepavali pada 18 Oktober ini, Kumpulan Syarikat PROLINTAS bersedia menawarkan diskaun tol sebanyak 10% buat pengguna di lebuhraya kendaliannya, iaitu Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Kajang SILK (SILK), laporan Bernama.

Menurut CEO PROLINTAS Datuk Mohammad Azlan Abdullah, diskaun tol itu akan bermula dari 6 pagi 18 Okt hingga 6 pagi 19 Okt untuk kenderaan kelas 1 sahaja.

Lebih 300,000 pengguna lebuh raya PROLINTAS dijangka bakal menikmati faedah itu.