Mitsubishi e-Evolution Concept – pernyataan terhadap strategi global baru yang akan diumumkan di Tokyo

Untuk Tokyo Motorshow 2017, Mitsubishi akan memperkenalkan model e-Evolution Concept. Yang menariknya, kereta yang dipamerkan ini menggunakan semula nama “Evolution”, tetapi dalam bentuk serta teknologi yang baru dan bukannya dalam pakej sebelum ini.

Model crossover konsep ini akan turut menggunakan sistem 4WD dengan tiga motor elektrik dan sistem artificial intelligence yang dibangunkan syarikat itu. Dan menurut Mitsubishi, ada banyak lagi perkara menarik tentang kereta ini dari sudut reka bentuk dan teknologi yang melengkapinya – model konsep ini menandakan permulaan era baru bagi syarikat itu.

Mitsubishi e-Evolution Concept ini disifatkan sebagai “penerapan bagi pembaharuan strategi global Mitsubishi Motors”, “sebuah pernyataan impian Mitsubishi Motors untuk menjelah masa depan yang baru” serta “kembalinya jatidiri jenama Mitsubishi seperti yang pernah diingati”.

Yang dimaksudkan itu adalah pendirian dan kemampuan jenama ini terhadap peralihan teknologi dan reka bentuk, pendekatan syarikat terhadap perniagaan global serta perhubungan antara Mitsubishi dengan pelanggan.

Tahun ini merupakan pameran ditempat sendiri bagi Mitsubishi selepas syarikat itu diselaamtkan oleh Nissan tahun lalu, berikutan skandal manipulasi penggunaan bahan api. Jenama itu kini menjadi sebahagian daripada Pakatan Renault Nissan Mitsubishi, dan Carlos Ghosn, orang yang bertanggungjawab memulihkan Nissan, akan mengetuainya.

Minggu lalu, dilaporkan Mitsubishi akan memperuntukkan 600 bilion Yen ($5.35 bilion) untuk perbelanjaan kapital dan R&D bagi tempoh tiga tahun sehingga 2019, sebagai usaha memulihkan perniagaan syarikat itu.

Bulan lalu, pakatan Renault Nissan Mitsubishi mendedahkan perancangan enam-tahun yang ditelah ditetapkan dengan angka-angka yang mengejutkan. Dengan MMC menyertai pakatan ini, matlamatnya juga semakin meluas ? ini termasuk menggandakan perolehan tahunan bersama sebanyak ?10 bilion dipenghujung rancangan itu nanti, dengan lebih daripada sembilan juta kenderaan berkongsi empat platform yang sama. Perkongsian enjin dan transmisi juga akan menampung 75% jualan keseluruhan.

?Untuk mencapai sasaran ini, di satu sisi, Renault, Nissan dan Mitsubishi akan menggiatkan usahasama perkongsian platform, sistem janaan kuasa dan kenderaan elektrik, autonomous dan teknologi rangkaian generasi baru. Di sisi lain pula, usahasama perlu dijalinkan berdasarkan skala yang semakin besar ini. Sasaran jualan tahunan keseluruhan ialah agar ia melebihi 14 juta unit kenderaan, dengan keuntungan dijangka $240 bilion sepanjang tempoh rancangan itu,? jelas Pengerusi dan CEO pakatan itu, Carlos Ghosn.