Proton turut mengumumkan semua operasinya dihentikan buat sementara sehingga 31 Mac ini, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan selama dua minggu bermula hari ini. Perintah Kawalan Pergerakan ini adalah bagi mencegah penularan wabak pandemik COVID-19.
Syarikat ini juga berkata operasinya melibatkan perkhidmatan jualan dan selepas jualan, dan juga aktiviti produksi di kilang pengeluarannya di Tanjung Malim dan Shah Alam, kesemuanya dihentikan dari 18 hingga 31 Mac ini sebagai cara untuk membantu mencegah wabak ini dari terus merebak.
Justeru, Proton menasihati para pelanggannya yang berhadapan dengan kes kecemasan seperti kereta rosak (breakdown) atau kemalangan, diharap terus menghubungi Perkhidmatan Pelanggan di talian
1-800-888-398 untuk bantuan segera. Sebarang pertanyaan atau pun aduan, boleh disalurkan terus menerusi e-mel [email protected].


Proton X90
dari RM106,800
Proton S70
dari RM73,800
Proton eMas 7 PHEV
dari RM109,800
Proton X70
dari RM106,800
Proton Saga
dari RM38,990
Proton eMas 5
dari RM59,800
Proton X50
dari RM89,800
Proton eMas 7
dari RM103,800