Harga SST Mercedes-Benz 2022: Naik hingga RM45k; A Sedan naik RM10k; C-Class naik RM14k; GLC RM18k

Susulan berakhirnya pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) semalam (30 Jun 2022), Mercedes-Benz Malaysia telah mengeluarkan senarai harga baharu dengan SST, iaitu 10% untuk kedua-dua model pemasangan tempatan (CKD) dan import-sepenuhnya (CBU).

Bagi model GLE Coupe menyaksikan kenaikan harga tertinggi setelah SST kembali, dengan varian tunggal GLE 53 4Matic+ naik sebanyak RM4,481.45 dan kini berharga RM856,888. Sementara itu, GLC 300 e 4Matic Coupe AMG Line yang dilancarkan baru-baru ini hanya melibatkan sedikit kenaikan harga, sekitar RM6,305.69 dan kini mencecah RM398,888.

Untuk model yang popular seperti C-Class, varian tertinggi C 300 AMG Line, naik sekitar RM14,206.92, kini berharga RM344,888. Manakala untuk E-Class dengan varian tertinggi E 300 AMG Line pula kini berharga RM397,888, lebih RM18,958.03 berbanding sebelum ini.

Harga SST Mercedes-Benz 2022: Naik hingga RM45k; A Sedan naik RM10k; C-Class naik RM14k; GLC RM18k

Manakala model seperti A-Class Sedan dan GLA, melibatkan kenaikan lebih RM10k, walau bagaimana pun, model asas A 200 Progressive Line mengalami kenaikan harga sebanyak RM9,429.21.

Barisan SUV Mercedes-Benz termasuk GLA pula mengalami peningkatan harga sebanyak RM12,723.16 untuk varian bukan-AMG, manakala model CKD bagi GLA 35 4Matic pula kini berharga RM363,888 seperti yang diumumkan dalam pelancarannya minggu lalu.

Untuk SUV tujuh-tempat duduk, GLB 200 Progressive Line dan GLB 250 4Matic AMG Line, harganya meningkat sehingga RM11,922.39 berbanding sebelum ini. Manakala varian AMG dengan lima-tempat duduk iaitu GLB 35 4Matic pula, harganya lebih mahal sebanyak RM13,305.69 costlier. Bagi model kenderaan elektrik, EQA pula, ia masih menerima insentif EV tetapi dengan SST, harganya lebih mahal sebanyak RM8,686.75, dengan harga kini mencecah RM286,888.