Lorong E20 Plaza Tol Kemuning arah timur di Lebuhraya Kesas ditutup sementara pada 6-9 Januari

Kesas Sdn Bhd selaku pengendali Lebuhraya Shah Alam (Kesas) memaklumkan Lorong E20 Plaza Tol Kemuning Arah Timur akan ditutup sementara kepada pengguna lebuhraya berkenaan mulai 10 malam pada Jumaat ini, 6 Januari 2023 sehingga 6 pagi, Isnin hadapan (9 Januari).

Menurut Kesas, penutupan dilakukan bagi pelaksanaan kerja membaik pulih permukaan jalan konkrit di lorong itu demi keselamatan dan keselesaan pengguna.

“Sehubungan itu kami menasihatkan pengguna berhati-hati ketika memandu dan mematuhi arahan papan tanda yang disediakan di kawasan tersebut,” kata kenyataan yang dikeluarkan.